Gara-gara telefon bimbit, lelaki pukul isteri hingga buta

JAKARTA - Seorang wanita buta sebelah mata selepas dipukul suaminya hanya kerana tidak meminjamkan telefon bimbit untuk bermain permainan dalam talian.
Kasi Humas Polres Metro Depok, AKP Made Budi berkata, kejadian itu melibatkan pasangan suami isteri muda di Bedahan, Sawangan, Depok di Jawa Barat Indonesia pada minggu lalu.
"Siasatan awal mendapati mereka bertengkar hingga terjadinya kekerasan fizikal tersebut. Pelaku yang naik angin hingga memukul isterinya.
"Mangsa mengalami kecederaan serius pada beberapa anggota tubuh dan bahagian bola mata kiri hingga mengakibatkan buta. Wanita itu turut menjalani pembedahan pada bahagian mata," ujarnya pada Isnin.
Keluarga mangsa kemudiannya melaporkan kejadian keganasan rumah tangga itu di unit Perlindungan Perempuan dan Anak (PPA) Polres Metro Depok.
Pelaku yang berusia 20 tahun kini ditahan untuk membantu siasatan. - Agensi
Ringkasan AI
- Wanita buta sebelah mata selepas dipukul suaminya kerana tidak meminjamkan telefon bimbit
- Kejadian itu berlaku di Bedahan, Sawangan, Depok, Jawa Barat Indonesia
- Pasangan suami isteri muda bertengkar hingga terjadi kekerasan fizikal
- Mangsa mengalami kecederaan serius termasuk buta pada mata kiri dan menjalani pembedahan
- Keluarga mangsa melaporkan kejadian itu ke unit Perlindungan Perempuan dan Anak Polres Metro Depok, pelaku ditahan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

