Treler terbabas ragut nyawa warga emas, pemandu ada 16 saman trafik

Lori treler jenis Volvo FM13 dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar dua kenderaan lain. Foto IPD Rompin
Lori treler jenis Volvo FM13 dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar dua kenderaan lain. Foto IPD Rompin
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki warga emas maut manakala sembilan lagi selamat dalam nahas jalan raya melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kuantan-Seremban pada awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, dalam kejadian pada 6.25 pagi itu, sebuah lori treler jenis Volvo FM13 dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar dua kereta iaitu Mitsubishi Xpander serta Nissan Almera.

Keadaan salah sebuah kenderaan yang terlibat nahas. Foto IPD Rompin
Keadaan salah sebuah kenderaan yang terlibat nahas. Foto IPD Rompin

“Mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai So’id Lebai Hamid, 68, yang merupakan penumpang belakang kenderaan Mitsubishi Xpander...mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Mangsa yang meninggal dunia merupakan penumpang belakang kenderaan Mitsubishi Xpander. Foto IPD Rompin
Mangsa yang meninggal dunia merupakan penumpang belakang kenderaan Mitsubishi Xpander. Foto IPD Rompin

Beliau berkata, lori treler itu dipandu oleh seorang lelaki berusia 37 tahun dari arah Keratong 2 menuju ke Muadzam Shah manakala kedua-dua kereta bergerak dari arah Muadzam Shah ke Seremban.

“Siasatan awal mendapati pemandu lori treler cuai ketika memandu sehingga menyebabkan kenderaan itu terbabas ke laluan bertentangan,” katanya sambil menambah pemandu terbabit memiliki 16 saman trafik atas pelbagai kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Sharif Shai berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Ringkasan AI

  • Seorang warga emas maut dalam nahas di Jalan Kuantan-Seremban
  • Nahas melibatkan tiga kenderaan di awal pagi Ahad
  • Lori treler hilang kawalan dan melanggar dua kereta
  • Pemandu lori treler didapati cuai
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!