Gempa bumi 6.6 magnitud landa perairan Taiwan - CENC

Gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda perairan daerah Yilan, Taiwan pada malam Sabtu. Gambar hiasan
Gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda perairan daerah Yilan, Taiwan pada malam Sabtu. Gambar hiasan
A
A
A

BEIJING - Gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda perairan daerah Yilan, Taiwan pada 11.05 malam Sabtu (waktu Beijing), menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC), lapor Xinhua.

Pusat gempa dikesan pada latitud 24.67 darjah utara dan longitud 122.06 darjah timur.

Menurut pusat itu, gempa bumi berkenaan berlaku pada kedalaman 60 kilometer.

Gempa bumi itu dirasai di seluruh Taiwan, dengan gegaran bangunan yang ketara.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dikeluarkan di pulau itu. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda perairan daerah Yilan, Taiwan
  • Pusat gempa dikesan pada latitud 24.67 darjah utara dan longitud 122.06 darjah timur
  • Gempa bumi berkenaan berlaku pada kedalaman 60 kilometer
  • Gempa bumi itu dirasai di seluruh Taiwan dengan gegaran bangunan yang ketara
  • Tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dikeluarkan di pulau itu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!