Nabi palsu tunda ramalan kiamat

Ebo Noah (kiri) menyaksikan orang ramai memasuki bahtera yang dibinanya.-Agensi
Ebo Noah (kiri) menyaksikan orang ramai memasuki bahtera yang dibinanya.-Agensi
A
A
A

ACCRA – Individu yang mendakwa dirinya sebagai utusan Tuhan, Ebo Noah atau dikenali sebagai Ebo Jesus dari Ghana, mengumumkan bahawa ramalan kiamat dunia yang dijangka berlaku pada 25 Disember 2025 telah ditunda.

Noah mendakwa doa-doanya telah dijawab oleh 'Tuhan' dan beliau diberikan masa tambahan untuk membina lebih banyak Bahtera Nuh bagi menyelamatkan lebih ramai manusia.

Pengumuman itu dibuat selepas ribuan pengikut dari seluruh Afrika bergegas ke Ghana untuk mendapatkan tempat di bahtera tersebut.

Rakaman video yang tular memaparkan orang ramai berkumpul di lokasi dengan membawa beg peribadi, bersedia untuk menaiki bahtera.

Noah menyatakan jumlah pengunjung terlalu ramai sehingga bahtera sedia ada tidak mencukupi, menyebabkan beliau memohon masa tambahan untuk membina bahtera baharu.

Setakat ini, beliau telah membina kira-kira 10 bahtera kayu di Ghana, dengan dakwaan setiap satu mampu menampung 5,000 orang. – Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ebo Noah, yang mendakwa dirinya sebagai utusan Tuhan dari Ghana, mengumumkan ramalan kiamat dunia pada 25 Disember 2025 telah ditunda
  • Beliau mendakwa doanya telah dijawab oleh 'Tuhan' untuk mendapatkan masa tambahan membina lebih banyak Bahtera Nuh
  • Ribuan pengikut dari seluruh Afrika bergegas ke Ghana untuk mendapatkan tempat di bahtera tersebut
  • Rakaman video memaparkan orang ramai berkumpul bersedia untuk menaiki bahtera dengan membawa beg peribadi
  • Noah telah membina kira-kira 10 bahtera kayu di Ghana, setiap satu dikatakan mampu menampung 5,000 orang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!