Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh

PHNOM PENH - Rakyat Malaysia yang menghadapi kesukaran untuk berpindah dari kawasan terjejas akibat konflik Kemboja-Thailand yang sedang berlaku dinasihatkan supaya menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di ibu negara ini untuk mendapatkan bantuan.
“Rakyat Malaysia yang mengalami kesukaran untuk berpindah dari kawasan yang terkesan akibat konflik adalah dinasihatkan supaya menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh untuk mendapatkan bantuan lanjut,” menurut kedutaan itu dalam satu pemakluman pada Rabu yang dimuat naik di laman Facebook rasminya.
Untuk bantuan, rakyat Malaysia boleh menghantar e-mel ke mwphnompenh@kln.gov.my atau menghubungi talian hotline 24 jam di +855 15 216 176 atau melayari laman sesawang https://www.kln.gov.my/web/khm_phnom-penh/home. - Bernama
Ringkasan AI
- Rakyat Malaysia di kawasan konflik Kemboja-Thailand disarankan menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh untuk bantuan
- Kedutaan itu memuat naik pemakluman di Facebook rasminya
- Bantuan boleh didapati dengan menghantar e-mel ke mwphnompenh@kln.gov.my
- Rakyat Malaysia juga boleh menghubungi talian hotline 24 jam di +855 15 216 176
- Maklumat lanjut tersedia di laman sesawang kln.gov.my/web/khm_phnom-penh/home
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
