Taman tema ‘inflatables’ terbesar Malaysia kini dibuka di OSK Iringan Bayu

Taman tema ‘inflatables’ terbesar Malaysia kini dibuka di OSK Iringan Bayu, Seremban sempena cuti persekolahan dari 19 Disember 2025 hingga 4 Januari 2026.
Taman tema ‘inflatables’ terbesar Malaysia kini dibuka di OSK Iringan Bayu, Seremban sempena cuti persekolahan dari 19 Disember 2025 hingga 4 Januari 2026.
A
A
A

SHAH ALAM - Taman tema ‘inflatables’ terbesar di Malaysia yang dianjurkan oleh OSK Iringan Bayu, Seremban dan diiktiraf oleh Malaysia Book of Records kini dibuka untuk pengunjung seisi keluarga sempena cuti persekolahan melalui OSK Splash Challenge Festival.

OSK Property dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, festival itu menawarkan pelbagai aktiviti air dan permainan interaktif untuk semua peringkat umur dari 19 Disember 2025 hingga 4 Januari 2026.

“Festival yang berlangsung ini menjadikan OSK Iringan Bayu sebagai destinasi riadah utama dengan pelbagai tarikan menarik seperti Water Balloon Battle, Mega Inflatable sepanjang 300 kaki, Bubble Wonderland, Rodeo Bull serta permainan popular Human Zorb Ball.

“Dengan bayaran masuk serendah RM10 seorang, kemasukan semula dibenarkan setiap hari dan waktu operasi dari 11 pagi hingga 10 malam pada hari bekerja serta 10 pagi hingga 10 malam pada hujung minggu. Festival ini menawarkan nilai hiburan yang berbaloi sepanjang cuti sekolah,” jelas kenyataan itu.

Pengunjung dapat menikmati pelbagai aktiviti interaktif seperti Water Balloon Battle, Bubble Wonderland, Rodeo Bull dan Human Zorb Ball di OSK Splash Challenge Festival.
Pengunjung dapat menikmati pelbagai aktiviti interaktif seperti Water Balloon Battle, Bubble Wonderland, Rodeo Bull dan Human Zorb Ball di OSK Splash Challenge Festival.

Menurut kenyataan itu lagi, kemuncak festival turut diserikan dengan sambutan malam tahun baharu pada 31 Disember 2025 yang menampilkan persembahan muzik secara langsung, acara undur detik serta pertunjukan bunga api.

“Acara ini sekali gus mencipta suasana penuh kemeriahan bagi pengunjung menyambut kedatangan tahun baharu bersama keluarga dan rakan-rakan. Selain itu, festival ini akan diserlahkan lagi dengan penganjuran AirWarriors International Tourism Cup Obstacle Challenge 2026 yang berlangsung pada 4 Januari 2026.

“Pertandingan yang mendapat sokongan Tourism Malaysia serta Visit Malaysia Year 2026 itu menghimpunkan peserta daripada pelbagai latar belakang dalam cabaran halangan yang bertujuan mempromosikan pelancongan, gaya hidup sihat dan penglibatan komuniti,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut OSK Property, sama ada sebagai pilihan percutian keluarga sempena cuti sekolah atau lokasi ideal untuk aktiviti pembinaan pasukan hujung tahun, OSK Splash Challenge Festival di OSK Iringan Bayu menawarkan pengalaman yang lengkap.

“Festival ini menampilkan suasana ceria, penuh gelak tawa dan membolehkan pengunjung mencipta kenangan bermakna.

“Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh mengikuti platform rasmi OSK Property, melayari iringanbayu.com.my atau menghubungi +6013 255 7222,” katanya.

 

 

Ringkasan AI

  • Taman tema 'inflatables' terbesar di Malaysia dibuka untuk pengunjung di OSK Iringan Bayu, Seremban
  • Festival ini berlangsung dari 19 Disember 2025 hingga 4 Januari 2026 dengan aktiviti air dan permainan interaktif untuk semua umur
  • Menawarkan pelbagai tarikan seperti Water Balloon Battle, Mega Inflatable 300 kaki, dan Human Zorb Ball
  • Bayaran masuk serendah RM10 dengan kemasukan semula dibenarkan dan waktu operasi yang fleksibel
  • Kemuncak festival termasuk sambutan malam tahun baharu dan penganjuran AirWarriors International Tourism Cup Obstacle Challenge 2026

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!