4 beranak parah, bangunan kediaman meletup

PARIS - Tiga kanak-kanak dan seorang dewasa cedera parah dalam satu letupan di sebuah bangunan kediaman berhampiran Paris, menurut pihak berkuasa pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kanak-kanak berusia dua, empat dan lima tahun itu cedera bersama ibu mereka yang berusia 39 tahun, menurut jurucakap wilayah tempatan yang memetik media Perancis.
Gambar dan rakaman video dari lokasi kejadian menunjukkan rumah itu hampir musnah sepenuhnya manakala punca letupan di Magny-les-Hameaux, barat daya Paris masih belum dapat dipastikan.
Letupan itu dilaporkan begitu kuat sehingga serpihan tercampak sejauh sehingga 100 meter dan beberapa rumah dan kenderaan berhampiran turut mengalami kerosakan.
Penyiar France Info melaporkan, mangsa yang cedera tinggal di bangunan itu manakala akhbar Le Parisien menyatakan, terdapat sebuah lagi pangsapuri di bangunan yang kini musnah itu yang tidak didiami.- Bernama-dpa
Ringkasan AI
- Tiga kanak-kanak dan seorang dewasa cedera parah dalam satu letupan di sebuah bangunan kediaman berhampiran Paris
- Kanak-kanak berusia dua, empat dan lima tahun cedera bersama ibu mereka yang berusia 39 tahun
- Gambar dan rakaman video dari lokasi kejadian menunjukkan rumah itu hampir musnah sepenuhnya
- Punca letupan di Magny-les-Hameaux, barat daya Paris masih belum dapat dipastikan
- Letupan itu dilaporkan begitu kuat sehingga serpihan tercampak sejauh sehingga 100 meter dan beberapa rumah serta kenderaan berhampiran turut mengalami kerosakan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

