Nekmat sedia khidmat hantar ikan ke rumah

Pengerusi NEKMAT, Abdul Hamid Bahari menunjukkan produk Qfish yang menawarkan ikan sejuk beku yang segar dengan harga berpatutan. - Foto Sumber Internet
Pengerusi NEKMAT, Abdul Hamid Bahari menunjukkan produk Qfish yang menawarkan ikan sejuk beku yang segar dengan harga berpatutan. - Foto Sumber Internet
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan ikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) menyediakan perkhidmatan penghantaran Jualan Ikan Segar Beku (QFish) dan makanan laut ke rumah.

Pengerusinya, Abdul Hamid Bahari berkata, buat permulaan, perkhidmatan di bawah program NEKMATbiz itu disediakan sekitar Lembah Klang sahaja dengan melalui pesanan kepada 'runner' di bawah seliaan persatuan itu.

"Buat masa ini, orang ramai sekitar Kuala Lumpur boleh membuat tempahan ikan secara dalam talian di www.nekmatbiz.com.my.

"Selain itu, semua pesanan akan turut diiklankan di Facebook NEKMAT setiap hari seawal jam 7 pagi sehingga 1 tengah hari. Ikan seperti Pelaling, Kembung dan Selayang dijual dengan harga RM4 sekilogram," menurutnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semua penghantaran akan dibuat dari Pusat Pengumpulan dan Pengedaran NEKMAT Taman Wahyu di sini.

Abdul Hamid berkata, pihaknya membeli ikan segar daripada nelayan yang terus dihantar ke tempat simpanan sebelum dibekalkan kepada pengguna.

Sehingga kini, terdapat 50 tan stok ikan Qfish dalam simpanan NEKMAT. - Bernama

Artikel Berkaitan: