Ayda Jebat ajak peminat sertai #DudukDiamDiamChallenge

Ayda memuatnaik video muzik khas 'Duduk diam diam' sebagai mesej mendidik kepada masyarakat untuk kekal di rumah sepanjang tempoh PKP
Ayda memuatnaik video muzik khas 'Duduk diam diam' sebagai mesej mendidik kepada masyarakat untuk kekal di rumah sepanjang tempoh PKP
A
A
A

PENYANYI dan pelakon popular, Ayda Jebat tampil kreatif untuk mendidik masyarakat dengan menghasilkan sebuah video muzik khas bertajuk 'Duduk diam diam' yang dimuat naik ke saluran Youtube semalam.

Video dengan kerjasama sebuah syarikat telekomunikasi itu memaparkan empat karakter berbeza terdiri daripada Tok Abah, Sis Popo, Mak Cik Kiah dan Diva AJ yang dilakonkan oleh Ayda sendiri.

Walaupun setiap karakter berbeza, peranan dimainkan dalam video tersebut adalah sama iaitu untuk menasihati orang awam agar duduk diam-diam di rumah dan mematuhi arahan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lebih menarik, Ayda menerusi Instagramnya meminta para pengikutnya untuk menyertai #DudukDiamDiamChallenge.

"Beri komen bahagian atau karakter mana yang kamu semua sukai, kemudian muat naik dan 'tag' saya.

"Sambil hafal step sebab ada cabaran, ready? #DudukDiamDiamChallenge," tulisnya.

Sementara itu, pelakon Que Haidar pula dilihat memanfaatkan waktu PKP dengan melakukan aktiviti bersama keluarga.

Anak-anak Que Haidar memanfaatkan PKP dengan melukis bersama bapa mereka
Anak-anak Que Haidar memanfaatkan PKP dengan melukis bersama bapa mereka

Artikel Berkaitan:

Antara aktiviti yang dilakukan seperti membuat kek, melukis serta paling istimewa mengajar anak-anaknya bermain ting ting iaitu sejenis permainan tradisional Melayu.

Que Haidar dilihat begitu kreatif menggunakan pita pelekat untuk membuat petak-petak bagi permainan tersebut.

Salah seorang anak Que Haidsr tersenyum ketika bermain ting ting
Salah seorang anak Que Haidsr tersenyum ketika bermain ting ting

Beliau kemudiannya menandakan setiap petak tersebut dengan huruf.

Que Haidar kemudiannya memuat naik video tersebut di Instagramnya dengan kapsyen, 'macam-macam kita boleh buat'.

Para pengikutnya turut memuji pelakon itu yang bijak memanfaatkan masa bersama keluarga sepanjang PKP walaupun dengan hanya berada di rumah.

Terbaharu, Que Haidar turut mencipta sebuah lagu bertajuk 'Langit Biru' yang didedikasikan kepada seluruh masyarakat Malaysia.

Beliau turut berpesan agar semua pihak tidak kira bangsa atau agama yang menyampaikan mesej perangi Covid-19, serulah kembali mesej kedamaian.