Banjir Sumatera: Keadaan dijangka pulih 3 bulan lagi

Penduduk terpaksa menaiki bot untuk menyeberangi sungai selepas jambatan yang menghubungkan perkampungan mereka musnah dibawa arus deras banjir.
Penduduk terpaksa menaiki bot untuk menyeberangi sungai selepas jambatan yang menghubungkan perkampungan mereka musnah dibawa arus deras banjir.
A
A
A

JAKARTA - "Segala aktiviti di kawasan terjejas banjir di Sumatera akan kembali seperti biasa dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang."

Jaminan itu dibuat Presiden Indonesia, Prabowo Subianto pada Isnin selepas bencana dahsyat yang berlaku pada akhir November telah meragut lebih 1,000 nyawa.

Sebuah dinding di kawasan terjejas banjir tertera tulisan 'tolong' selepas ramai mangsa banjir merayu bantuan sejak lebih dua minggu lalu.
Sebuah dinding di kawasan terjejas banjir tertera tulisan 'tolong' selepas ramai mangsa banjir merayu bantuan sejak lebih dua minggu lalu.

Menurut data rasmi, lebih 200 dilaporkan masih hilang dalam kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh yang turut melenyapkan beberapa perkampungan.

Ketika mesyuarat Kabinet, Prabowo memaklumkan projek pembinaan semula di tiga provinsi terjejas teruk sudah pun dijalankan.

Beberapa penduduk mengangkut bekalan bantuan penting untuk komuniti terjejas banjir.
Beberapa penduduk mengangkut bekalan bantuan penting untuk komuniti terjejas banjir.

"Saya meminta maaf kerana pihak berkuasa tidak dapat melaksanakan pemulihan dalam masa singkat. Seawal Mac, keadaan dijangka kembali normal.

Artikel Berkaitan:

"Situasi di Sumatera kini terkawal. Ada pemimpin asing yang menawarkan bantuan. Terima kasih atas keprihatinan anda. Kami boleh uruskan sendiri," ujarnya.

Seorang lelaki meredah selut sambil membawa penjana pam untuk operasi pembersihan di Meureudu, wilayah Aceh.
Seorang lelaki meredah selut sambil membawa penjana pam untuk operasi pembersihan di Meureudu, wilayah Aceh.

Tambahnya lagi, ratusan rumah sementara akan didirikan untuk menempatkan penduduk yang hilang tempat tinggal.

Sebelum ini, pegawai kanan kerajaan menganggarkan pembangunan semula di Pulau Sumatera dijangka menelan kos berjumlah AS$3.11 bilion (RM12.7 bilion).

Sebuah keluarga terpaksa berlindung di bawah khemah sementara selepas rumah mereka binasa dihanyutkan banjir.
Sebuah keluarga terpaksa berlindung di bawah khemah sementara selepas rumah mereka binasa dihanyutkan banjir.

Kumpulan pencinta alam mendakwa aktiviti penebangan hutan dan pembalakan tidak terkawal telah memburukkan lagi banjir tersebut.

Susulan itu, Kementerian Alam Sekitar bertindak tegas menggantung operasi syarikat yang didakwa melakukan pelanggaran dan mereka diwajibkan melakukan audit.

Anggota tentera membantu operasi pembersihan sisa lumpur yang sedang giat dilakukan di kebanyakan lokasi di Sumatera Utara.
Anggota tentera membantu operasi pembersihan sisa lumpur yang sedang giat dilakukan di kebanyakan lokasi di Sumatera Utara.

Prabowo menegaskan mana-mana firma yang didapati melanggar peraturan ditetapkan akan berdepan langkah pembatalan permit.

Setakat ini, pemerintah mengumumkan sebanyak 22 permit 'pencerobohan' hutan yang meliputi kawasan lebih 1 juta hektar bakal dibatalkan.

Ia termasuk lebih 100,000 hektar kawasan di Sumatera, namun pemerintah didakwa tidak mengaitkan secara langsung keputusan itu dengan bencana banjir berkenaan. - Agensi/Foto: AFP

 

 

Ringkasan AI

  • Segala aktiviti di kawasan banjir Sumatera dijangka normal dalam 2-3 bulan
  • Lebih 1,000 nyawa hilang akibat banjir lumpur dan tanah runtuh
  • Projek pembinaan semula telah dimulakan di tiga provinsi terjejas
  • Ratusan rumah sementara akan didirikan untuk mangsa banjir
  • Pemerintah Indonesia akan membatalkan 22 permit pencerobohan hutan untuk mengatasi masalah banjir

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!