700 sertai larian sambil bergaya dalam Mask & Dash

Pemenang anugerah pakaian terbaik Mask & Dash 5KM Fun Run bergambar dengan hadiah yang dimenangi mereka selepas tamat larian.
Pemenang anugerah pakaian terbaik Mask & Dash 5KM Fun Run bergambar dengan hadiah yang dimenangi mereka selepas tamat larian.
A
A
A

SHAH ALAM – Meskipun dalam keadaan cuaca panas terik, lebih 700 peserta mengambil bahagian dalam Mask & Dash 5KM Fun Run yang julung kali diadakan di Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini, tidak melepaskan peluang tampil dengan pelbagai kostum kreatif dan berwarna-warni.

Larian anjuran Columbia Asia Hospital Cheras dan AEON Cheras Selatan diadakan bagi meningkatkan kesedaran kesihatan, mempromosikan gaya hidup sihat serta memperkenalkan bangunan hospital baharu diperluas.

Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Columbia Asia (Wilayah 1), Engku Marina Engku Hatim berkata, 'Decades of Care: Together We Are One' diangkat sebagai tema bagi larian berkenaan.

“Ia selari dengan mesej kemajuan sebenar dalam penjagaan kesihatan lahir daripada usaha disemai selama puluhan tahun.

“Melalui kerjasama dan usaha peluasan ini, kami berhasrat membawa penjagaan kesihatan lebih dekat kepada komuniti, memudahkan keluarga dan individu mendapatkan perkhidmatan berkualiti dan pencegahan,” katanya.

Engku Marina (dua dari kanan) selepas menyertai Mask & Dash 5KM Fun Run yang julung kali diadakan di Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini
Engku Marina (dua dari kanan) selepas menyertai Mask & Dash 5KM Fun Run yang julung kali diadakan di Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Columbia Asia Hospital Cheras, Sean Yoong; Pengurus Kanan Operasi AEON (Wilayah Tengah), Amran Latif dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Jack Tan.

Acara bermula seawal 7.30 pagi menyaksikan peserta melalui larian sejauh lima kilometer (km) merentasi mercu tanda sekitar Bandar Tun Hussein Onn seperti AEON BiG dan Lake Valley sebelum menuju ke garisan penamat di AEON Mall Cheras Selatan, yang terletak bertentangan dengan hospital.

Artikel Berkaitan:

Peserta terdiri daripada pelbagai peringkat usia termasuk kanak-kanak, remaja, golongan bekerja dan warga emas, menyerlahkan lagi semangat kebersamaan sepanjang larian.

 

 

Ringkasan AI

  • Lebih 700 peserta mengambil bahagian dalam Mask & Dash 5KM Fun Run di Cheras, Kuala Lumpur dalam cuaca panas terik
  • Larian ini dianjurkan oleh Columbia Asia Hospital Cheras dan AEON Cheras Selatan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dan mempromosikan gaya hidup sihat
  • 'Themes of Care: Together We Are One' dijadikan tema larian untuk mesej kemajuan penjagaan kesihatan
  • Larian menyaksikan peserta lalu melalui mercu tanda Bandar Tun Hussein Onn dan berakhir di AEON Mall Cheras Selatan
  • Peserta dari pelbagai peringkat usia menunjukkan semangat kebersamaan sepanjang larian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!