9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel

Jumlah tahanan dan banduan yang ditahan di penjara Israel telah mencecah kira-kira 9,300 orang, dengan majoritinya terdiri daripada tahanan serta tahanan pentadbiran,
Jumlah tahanan dan banduan yang ditahan di penjara Israel telah mencecah kira-kira 9,300 orang, dengan majoritinya terdiri daripada tahanan serta tahanan pentadbiran,
A
A
A

RAMALLAH - Institusi berkaitan tahanan Palestin memaklumkan pada Selasa bahawa jumlah tahanan dan banduan dari wilayah itu yang ditahan di penjara Israel telah mencecah kira-kira 9,300 orang, dengan majoritinya terdiri daripada tahanan serta tahanan pentadbiran, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Dalam satu kenyataan bersama, institusi berkenaan menyatakan bahawa angka itu berdasarkan data yang disediakan oleh institusi tahanan serta maklumat yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Penjara Israel sehingga awal Disember ini, sambil menegaskan bahawa jumlah berkenaan tidak termasuk tahanan yang ditahan di kem-kem yang dikendalikan oleh tentera Israel.

Menurut kenyataan itu, jumlah tahanan yang telah dijatuhi hukuman mencecah 1,254 orang, manakala bilangan tahanan wanita adalah seramai 51 orang, termasuk dua kanak-kanak bawah umur.

Kenyataan itu menambah bahawa jumlah tahanan kanak-kanak mencecah 350 orang, yang ditahan di Penjara Ofer dan Megiddo, manakala jumlah tahanan pentadbiran mencecah 3,350 orang. - Bernama/WAFA

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!