Farm Fresh bina generasi sihat melalui Program Susu Sekolah 2025

SERDANG – Farm Fresh Berhad mengesahkan komitmen berterusan sebagai rakan strategik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Program Susu Sekolah (PSS) bagi tahun 2025.
Melalui program ini, Farm Fresh akan membekalkan susu UHT berkualiti tinggi kepada 381,000 murid dari 3,841 sekolah di seluruh negara, termasuk kawasan luar bandar, pedalaman dan pulau, dengan kontrak perbekalan lima tahun (2025-2029) melibatkan hampir 78 juta pek setahun.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Azmi Zainal berkata, pemakanan yang baik adalah asas kepada kecemerlangan pendidikan, kesihatan optimum serta pembentukan akhlak.

"Melalui PSS, kami bukan sekadar membekalkan susu, tetapi menyumbang kepada pembinaan generasi masa depan yang sihat dan cerdas.” katanya di Temasya Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia Farm Fresh @ Universiti Putra Malaysia di sini pada Selasa.
Seiring Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia, Farm Fresh melaksanakan pelbagai program CSR, termasuk Temasya Hari Susu Sekolah, lawatan pendidikan “School-to-Farm”, dermasiswa pelajar B40 STPM, kelas tuisyen matematik, pengedaran susu percuma serta program latihan graduan Protégé “Ready To Work”.
Usaha ini turut disokong Tetra Pak Malaysia dalam pendidikan kitar semula dan kesedaran kelestarian alam sekitar.
Farm Fresh menegaskan komitmen jangka panjang untuk menyediakan produk tenusu segar, sihat dan mampu milik, sambil menyokong pembangunan komuniti dan pembentukan generasi berilmu dan berakhlak mulia.
Ringkasan AI
- Farm Fresh Berhad mengesahkan komitmen sebagai rakan strategik Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Program Susu Sekolah untuk tahun 2025
- Akan membekalkan susu UHT berkualiti tinggi kepada 381,000 murid dari 3,841 sekolah secara nasional termasuk kawasan luar bandar dan pulau
- Kontrak perbekalan berlangsung lima tahun dari 2025 hingga 2029 dengan pengedaran hampir 78 juta pek susu setahun
- Melaksanakan pelbagai program CSR termasuk Temasya Hari Susu Sekolah, lawatan "School-to-Farm", dermasiswa dan program latihan graduan
- Usaha CSR disokong Tetra Pak Malaysia, menitikberatkan pendidikan kitar semula dan kesedaran kelestarian alam sekitar
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

