Murid tahun 1 maut dilanggar lori

Mangsa dan bapa saudara meninggal dunia di tempat kejadian, pagi tadi.
Mangsa dan bapa saudara meninggal dunia di tempat kejadian, pagi tadi.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Hasrat dua sepupu mahu ke sekolah tidak kesampaian apabila seorang maut dalam kejadian di KM1 Jalan Kuala Selangor-Rawang di Jalan Teluk Piah, pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Aryan Iman Abdullah, 7, membonceng motosikal bersama Muhammad Saifulbahari Mohd Rozaini, 7, untuk ke Sekolah Kebangsaan (SK) Assam Jawa pada jam 7.08 pagi.

Bagaimanapun sebaik tiba di tempat kejadian, mereka dilanggar sebuah lori dari arah belakang menyebabkan dua sepupu terbabit tercampak di tengah jalan.

#kualaselangor Jenazah Allahyarham Muhammad Aryan Iman Abdullah, 7, dan bapa saudaranya, Mohd Rozaini Ismail, 47,...

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Tuesday, January 15, 2019

Muhammad Aryan Iman mengalami kecederaan parah di bahagian dada maut di tempat kejadian manakala Muhammad Saifulbahari cedera di kepala dan patah bahu kiri.

Turut maut dalam kejadian itu, bapa saudara mangsa, Mohd Rozaini Ismail, 47, akibat kecederaan parah di kepala. Kedua jenazah dibawa ke Hospital Tanjong Karang.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: