Wan Azizah, Hannah harap warga kerja JKM diberi elaun khas

Wan Azizah dan Hannah
Wan Azizah dan Hannah
A
A
A

SHAH ALAM - Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang diumumkan semalam dilihat tidak memberi penekanan kepada nasib warga kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menerusi kenyataan bersama, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, mereka menyambut baik pengumuman Pakej Prihatin itu namun kerajaan mungkin terlepas pandang peranan JKM.

Katanya, warga kerja JKM yang menjalankan tugas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu diiktiraf sebagai petugas barisan hadapan.

"Kerajaan perlu menyediakan peralatan perlindungan yang sesuai untuk mereka. Kami juga berharap warga kerja JKM yang terlibat dalam pelaksanaan PKP ini menerima elaun khas," kata kenyataan itu.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Prihatin bernilai RM250 bilion untuk membantu rakyat yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

Jelas beliau, daripada jumlah yang diumumkan itu, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.

Jumlah itu adalah tambahan sebanyak RM20 bilion lagi yang telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.

Artikel Berkaitan: