Bayi perempuan terperangkap di rumah pengasuh dilanda banjir

Keadaan banjir di Kampung Pasir Johor Bahru pada petang Jumaat.
Keadaan banjir di Kampung Pasir Johor Bahru pada petang Jumaat.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Seorang bayi perempuan berjaya diselamatkan anggota bomba selepas terperangkap dalam sebuah rumah pengasuh yang dinaiki air akibat banjir kilat di Jalan Limau Purut, Pengkalan Rinting, Kampung Pasir di sini, petang Jumaat.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas, Pegawai Bomba Kanan I, Wan Nor Afandi Wan Yussoff, berkata anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 4.38 petang.

"Sebaik tiba, pasukan mendapati berlaku banjir kilat dan seorang bayi terperangkap di dalam rumah.

"Anggota bertindak membawa keluar bayi tersebut dan menyerahkannya dengan selamat kepada ibunya,"katanya dalam kenyataan.

Ringkasan AI

  • Seorang bayi perempuan diselamatkan anggota bomba dari banjir kilat di Jalan Limau Purut, Pengkalan Rinting, Kampung Pasir
  • Banjir kilat menyebabkan bayi tersebut terperangkap dalam sebuah rumah pengasuh
  • Pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 4.38 petang
  • Bayi tersebut berjaya dikeluarkan dengan selamat dari rumah yang dinaiki air
  • Bayi yang diselamatkan itu kemudian diserahkan kembali kepada ibunya dengan selamat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!