Pahang teruskan lapan inisiatif, bagi lengkapi Prihatin

Wan Rosdy
Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang akan meneruskan lapan inisiatif yang dianggar membabitkan jumlah keseluruhan RM14 juta bagi membantu rakyat di negeri

Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, inisiatif tersebut disifatkan saling melengkapi kepada usaha kerajaan Persekutuan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang diumumkan semalam.

"Pahang akan meneruskan usaha itu dan berharap rakyat di Pahang akan terus akur kepada arahan yang dikeluarkan terutamanya mengenai ‘duduk di rumah’ selain mendoakan pandemik Covid-19 dapat diatasi Insya-ALLAH," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum itu, Wan Rosdy berkata, Prihatin yang diumumkan menitikberatkan beratkan rakyat dan inklusif meliputi keseluruhan rakyat terkesan disebabkan Covid-19.

Jelasnya, kesemua rakyat tanpa mengira latar belakang kaum, usia dan kerjaya yang terkesan dengan wabak pandemik mendapat manfaat daripada Prihatin.

"Melalui peruntukan RM250 bilion yang daripadanya, RM128 bilion sahaja ialah untuk melindungi kebajikan rakyat dan saya percaya ia turut mencakupi rakyat negeri Pahang yang sama-sama terkesan dengan Covid-19, serta tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.

Artikel Berkaitan: