Trump buat duit lagi, lancar kad emas pula

Kad tersebut turut memaparkan wajah Presiden ke-47 AS itu. Foto Agensi
Kad tersebut turut memaparkan wajah Presiden ke-47 AS itu. Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melancarkan program visa, Trump Gold Card secara rasmi pada Rabu.

Ia bakal membuka peluang kepada warga asing mendapatkan kebenaran untuk menetap di Washington.

Laman Trumpcard.gov menyediakan permohonan kepada mereka yang sanggup membayar AS$15,000 (RM62,000) kepada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri bagi mempercepatkan proses.

"Selepas pemeriksaan latar belakang dan saringan dibuat, pemohon perlu membuat 'sumbangan' AS$1 juta (RM4.1 juta) untuk mendapatkan visa yang serupa seperti Kad Hijau yang membolehkan mereka tinggal dan bekerja di AS.

"Ia sama seperti Kad Hijau, tapi dalam versi yang jauh lebih baik," ujar Trump.

Sementara itu, Setiausaha Perdagangan, Howard Lutnick berkata, kira-kira 10,000 individu sudah mendaftar untuk kad emas tersebut ketika tempoh pra tempahan.

"Ia sememangnya akan memberi manfaat besar kepada ekonomi negara," jelasnya. - Agensi

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melancarkan program visa, Trump Gold Card
  • Ia membuka peluang kepada warga asing mendapatkan kebenaran menetap di Washington
  • Permohonan bisa dilakukan di laman Trumpcard.gov dengan bayaran AS$15,000 kepada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri untuk mempercepatkan proses
  • Pemohon perlu membuat 'sumbangan' AS$1 juta untuk mendapatkan visa yang membolehkan mereka tinggal dan bekerja di AS
  • Sekitar 10,000 individu sudah mendaftar untuk kad emas tersebut ketika tempoh pra tempahan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!