Bella anggun berbaju kurung pink hadir di mahkamah

PUTRAJAYA - Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tiba di Mahkamah Persekutuan pada jam 8.30 pagi bagi mengikuti prosiding rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan pembebasan Ahli Parlimen Muar, berhubung empat kes menyeleweng dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Bella sempat melemparkan senyuman sebelum memberi salam kepada pengamal media yang menunggu sejak awal pagi di sini.
Bella kelihatan yang kelihatan anggun dan manis mengenakan baju kurung bewarna pink turut ditemani pembantunya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan peluang terakhir pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas empat kes menyeleweng dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan di sini.
Mahkamah menetapkan prosiding berkenaan berlangsung selama dua hari sehingga Jumaat ini di hadapan beberapa hakim.
Bagaimanapun, bilangan dan nama panel yang mendengar hujahan pihak pendakwaan dan peguam yang mewakili Syed Saddiq, 33, selaku responden, hanya diketahui pada hari prosiding berlangsung.
Ringkasan AI
- Bella Astillah hadir ke Mahkamah Persekutuan pada jam 8.30 pagi untuk mengikuti prosiding rayuan pihak pendakwaan
- Bella sempat melemparkan senyuman sebelum memberi salam kepada pengamal media
- Dia kelihatan anggun dalam baju kurung pink dan ditemani pembantunya
- Prosiding rayuan itu berkaitan dengan pembebasan Syed Saddiq atas empat kes menyeleweng dana Armada
- Mahkamah menetapkan prosiding akan berlangsung selama dua hari
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
