Sukan SEA: Malaysia lakar kejutan raih emas poomsae berpasukan wanita recognised

Trio Ying Seah, Wong Zin dan Mei Yee memikat hati juri untuk menghadiahkan mereka 8.560 mata pada saingan akhir di pusat beli-belah Fashion Island. Foto: Majlis Sukan Negara Malaysia.
Trio Ying Seah, Wong Zin dan Mei Yee memikat hati juri untuk menghadiahkan mereka 8.560 mata pada saingan akhir di pusat beli-belah Fashion Island. Foto: Majlis Sukan Negara Malaysia.
A
A
A

SKUAD taekwondo negara membutirkan emas sulung mereka pada Sukan SEA Thailand 2025 selepas mengungguli acara poomsae berpasukan wanita recognised di sini pada Rabu.

Biarpun tidak diletakkan sebagai sandaran utama merangkul emas, namun kelincahan trio Seah Jing Ying Seah, Wong Zin dan Yow Mei Yee sudah cukup memikat hati juri untuk menghadiahkan mereka 8.560 mata pada saingan akhir di pusat beli-belah Fashion Island.

Mereka mengetepikan saingan terdekat dari Thailand dibarisi Chonlakorn Chayawatto, Chutikarn Lapnitayapan dan Ratchadawan Tapaenthong yang mengumpul 8.450 mata bagi merangkul pingat perak.

Jing Ying berkata, mereka sama sekali tidak menyangka dapat menyumbang emas sulung buat skuad taekwondo negara memandangkan diselubungi perasaan gemuruh berdepan tuan rumah yang menerima sokongan padu daripada penyokong mereka dalam venue pertandingan.

Beliau juga berkata, kontroversi yang berlaku awal hari ini terhadap rakan sepasukan, Jason Loo Jun Wei-Nur Humaira Abdul Karim, dalam acara poomsae berpasangan campuran recognised tidak menjejaskan fokus mereka pada aksi final.

"Kami kekal fokus pada (persembahan) sendiri kerana kami tidak mahu diganggu perkara lain," katanya kepada pemberita.

Harapan skuad taekwondo negara untuk Jason Loo-Nur Humaira menjelmakan kilauan pingat emas acara mereka hari ini dihampakan dengan keputusan juri pada aksi suku akhir.

Para juri menganugerahkan kemenangan kepada pasangan tuan rumah Chonlakorn Chayawatto-Thana Kiewailerd berdasarkan aspek persembahan, walaupun kedua-dua pasangan terikat 8.460 mata.

Malaysia membantah keputusan itu namun tidak berjaya, dengan pihak juri tetap mempertahankan keputusan mereka. - Bernama

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • SKUAD taekwondo negara memenangi emas sulung di Sukan SEA Thailand 2025 dalam acara poomsae berpasukan wanita recognised
  • Trio Seah Jing Ying, Wong Zin dan Yow Mei Yee mengungguli dengan 8.560 mata
  • Mereka mengalahkan pasukan dari Thailand yang mengumpul 8.450 mata untuk merangkul pingat perak
  • Jing Ying menyatakan kejutan dan kegembiraan atas kemenangan tanpa dijangka, terutamanya berdepan dengan tuan rumah dan sokongan padu penyokong mereka
  • Kontroversi terhadap rakan sepasukan dalam acara poomsae berpasangan campuran tidak mengganggu fokus mereka pada pertandingan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!