10 lagi pangkalan haram di Sungai Golok diroboh

Polis Kelantan menerusi kerjasama dengan MKN, PTG dan JKR merobohkan 10 lagi pangkalan haram di Sungai Golok, Rantau Panjang pada Rabu. Gambar kecil: Mohd Yusoff.
Polis Kelantan menerusi kerjasama dengan MKN, PTG dan JKR merobohkan 10 lagi pangkalan haram di Sungai Golok, Rantau Panjang pada Rabu. Gambar kecil: Mohd Yusoff.
A
A
A

RANTAU PANJANG – Polis Kelantan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) telah merobohkan 10 lagi pangkalan haram di Sungai Golok di sini pada Rabu.

Perobohan itu melibatkan pangkalan haram Ibrahim Pencen, Ibrahim Pencen 2, Kak Pah, Tambahan, Kayangan Inn, Jeram Perdah 2, Syed Moer 2, Jitong, Mat Yeh dan Mok Yah.

Kesemua lokasi berkenaan dikenal pasti sebagai kawasan yang digunakan untuk kegiatan jenayah rentas sempadan, khususnya penyeludupan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, operasi perobohan pangkalan haram itu berjalan lancar tanpa sebarang provokasi.

“Operasi ini akan diteruskan sehingga semua pangkalan haram itu dirobohkan sepenuhnya,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis Kelantan dan agensi lain merobohkan 10 pangkalan haram di Sungai Golok
  • Pangkalan haram melibatkan lokasi guna untuk kegiatan jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan
  • Operasi perobohan tidak menghadapi sebarang provokasi
  • Operasi ini dijalankan dengan kerjasama MKN, PTG, dan JKR
  • Ketua Polis Kelantan menyatakan operasi perobohan akan diteruskan sehingga tiada lagi pangkalan haram

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!