ACLE: Munoz bangga aksi mantap JDT

Penyerang JDT, Jairo Da Silva cuba melepasi kawalan pertahanan Shanghai Port FC pada aksi ACLE di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa. Foto Johor Southern Tigers
Penyerang JDT, Jairo Da Silva cuba melepasi kawalan pertahanan Shanghai Port FC pada aksi ACLE di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa. Foto Johor Southern Tigers
A
A
A

BIARPUN terikat tanpa jaringan berdepan kelab China, Shanghai Port FC pada aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa, pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT) Xisco Munoz tetap berbangga dengan aksi mantap dipamerkan skuad kendaliannya itu.

Menurutnya, pemain telah mempamerkan komitmen luar biasa sepanjang tempoh 90 minit dengan menguasai perlawanan selain mencipta banyak peluang berbahaya.

“Pemain mempamerkan aksi menakjubkan. Mereka tunjuk nilai sebenar JDT apabila dari minit pertama sampai minit akhir.

"Kami juga mengawal perlawanan dan mencipta banyak peluang penting. Apa pun, saya nampak perkembangan yang sangat baik,” katanya pada sidang akhbar sejurus tamat perlawanan.

Dalam masa sama, pengendali kelahiran Sepanyol itu turut mengakui kegagalan menyempurnakan peluang di depan pintu gol lawan menjadi punca utama skuad Harimau Selayan itu gagal meraih tiga mata berharga.

“Inilah bola sepak. Kadang-kadang ia berlaku. Kami ada banyak peluang tapi tidak berjaya jaringkan gol dan ini ditambah dengan ketangkasan penjaga gol lawan.

“Kami perlu terus bekerja keras selepas ini terutamanya di kawasan akhir, kami perlu lebih tenang dan klinikal.

“Bagi saya ini bukan soal tuah. Ini tentang kerja. Lawan kami juga bukan pasukan biasa, jadi bukan mudah untuk mendominasi mereka seperti yang kami lakukan,” tegasnya.

Sementara itu, Munoz mengakui JDT kini menumpukan perhatian kepada aksi final Piala FA, Ahad ini.

Artikel Berkaitan:

Justeru katanya, skuad kendaliannya itu perlu bersedia secukupnya dan kekal fokus bagi mengharungi aksi final tersebut.

“Kami ada final penting dalam empat hari lagi. Jadi kami perlu bersedia dan pastikan momentum prestasi ini berterusan,” katanya.

Ringkasan AI

  • Biarpun terikat tanpa jaringan berdepan kelab China, Shanghai Port FC, pengendali JDT, Xisco Munoz tetap berbangga dengan aksi mantap skuadnya
  • Pemain JDT mempamerkan komitmen luar biasa sepanjang 90 minit dengan menguasai perlawanan dan mencipta banyak peluang berbahaya
  • Kegagalan menyempurnakan peluang menjadi punca utama gagal meraih tiga mata berharga menurut Xisco Munoz
  • Munoz menekankan keperluan untuk terus bekerja keras terutamanya di kawasan akhir agar lebih tenang dan klinikal
  • Munoz mengakui JDT kini menumpukan perhatian kepada aksi final Piala FA dan perlu bersedia secukupnya serta kekal fokus

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!