1,500 kampit Beras Melaka dipasarkan setiap bulan bermula 2026

Kerajaan negeri Melaka bercadang mengeluarkan 1,500 kampit Beras Melaka sebulan mulai 2026. Gambar hiasan
Kerajaan negeri Melaka bercadang mengeluarkan 1,500 kampit Beras Melaka sebulan mulai 2026. Gambar hiasan
A
A
A

MELAKA - Kerajaan negeri bercadang mengeluarkan 1,500 kampit Beras Melaka sebulan bermula 2026, kata Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.

Beliau berkata, setakat ini, sebanyak 12,376 kampit berjaya dikeluarkan sejak tuaian fasa pertama projek penanaman padi pada Mac lepas.

"Bagi fasa ketiga yang bermula bulan ini hingga tahun depan, kita merancang untuk mengeluarkan 1,500 kampit beras putih 10 kilogram pada harga RM26 sekampit," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di sini pada Selasa.

Dr Muhamad Akmal berkata, meskipun Melaka bukan di bawah Skim Jelapang Padi, namun negeri ini berjaya mengeluarkan beras dan benih padi sendiri.

"Projek ini bukan gimik, inilah yang kita lakukan. Kedah walaupun negeri jelapang padi, tetapi tidak mengeluarkan beras sendiri. Kita lakukan projek ini secara berfasa dan realistik tanpa gunakan dana kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata, bagi tempoh Januari hingga November lepas, terdapat 1,590.36 hektar sawah yang diusahakan 450 petani di negeri ini dengan pengeluaran padi sebanyak 6,779.93 tan metrik. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kerajaan negeri Melaka bercadang mengeluarkan 1,500 kampit Beras Melaka sebulan mulai 2026
  • Sejak Mac lepas, 12,376 kampit beras telah dikeluarkan dari projek penanaman padi
  • Untuk fasa ketiga projek, 1,500 kampit beras putih akan dijual pada harga RM26 sekampit
  • Meskipun Melaka bukan bagian dari Skim Jelapang Padi, negeri ini berjaya menghasilkan beras dan benih padi sendiri
  • Dari Januari hingga November, 1,590.36 hektar sawah diusahakan oleh 450 petani dengan pengeluaran padi sebanyak 6,779.93 tan metrik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!