Rosyam Nor raih anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di IFFA 2025

PELAKON tersohor tanah air, Datuk Rosyam Nor mencipta sejarah apabila meraih anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di International Film Festival of Australia (IFFA) 2025, pada Sabtu.
Rosyam memikat juri menerusi lakonan mantap sebagai Inspektor Johari dalam filem Banduan, sekali gus menewaskan pencabar hebat termasuk Sandy Master, Shukri Yahaya dan Woody Harrelson.
Dalam majlis sama, Banduan turut dinobatkan sebagai Filem Terbaik Antarabangsa, mengukuhkan kedudukan karya tempatan di pentas global.
Filem ini juga mencatat kutipan lebih RM8 juta sejak ditayangkan pada 6 November lalu.
Selain Rosyam, Datuk Aaron Aziz turut tercalon bagi kategori Pelakon Filem Terbaik, menambah kebanggaan industri seni negara.
Banduan, arahan Kroll Azry dan terbitan Astro Shaw bersama Number Twenty One Media, merupakan adaptasi rasmi daripada filem pecah panggung India, Kaithi.
Ia mengisahkan seorang banduan yang bekerjasama dengan polis untuk menumpaskan sindiket dadah sambil berusaha menemui anak perempuannya.
Barisan pelakon turut dibintangi nama besar seperti Datuk Afdlin Shauki, Husyairi Hussain, Fadhli Masoot dan Abi Madyan. - Awani
Ringkasan AI
- Datuk Rosyam Nor meraih anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di International Film Festival of Australia (IFFA) 2025
- Lakonannya sebagai Inspektor Johari dalam filem Banduan menewaskan pencabar termasuk Sandy Master, Shukri Yahaya dan Woody Harrelson
- Banduan dinobatkan sebagai Filem Terbaik Antarabangsa di festival yang sama
- Filem ini mencatat kutipan lebih RM8 juta sejak ditayangkan pada 6 November
- Banduan adalah adaptasi rasmi daripada filem India, Kaithi, mengisahkan kerjasama banduan dengan polis untuk menumpaskan sindiket dadah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
