X

Kindly register in order to view this article
!

Anwar syor Pakej Prihatin dibahaskan di Parlimen

covid-19, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin)
ANWAR
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyorkan supaya Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dibahaskan di Parlimen supaya dapat mengelak berlakunya ketirisan.

Beliau menjelaskan, dengan cara itu perincian pakej yang berjumlah RM250 bilion tersebut dapat diawasi dengan lebih bertanggungjawab melalui keterbukaan itu.

"Saya syorkan supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan pertimbangan serius dengan memberikan ruang kepada semua pihak untuk membahas dan memberikan sokongan dengan maksud memperbaiki pakej itu.

"Ia supaya Gayah, Maksom mendapat jaminan yang sebenarnya melalui peruntukan yang dijanjikan dan kemudian dapat diangkat semula pertumbuhan ekonomi.

"Oleh itu, saya ulangi keperluan diberikan ruang untuk anggota Parlimen khas dan saya ingin memberi jaminan kepada Perdana Menteri dan kerajaan bahawa kita akan beri kerjasama dan sokongan supaya rangsangan ekonomi ini berkesan," katanya menerusi Facebook Live hari ini.

Mengulas lanjut Anwar berkata, secara dasarnya beliau menyambut positif pakej rangsangan tersebut.

"Secara keseluruhannya saya bersyukur kepada ALLAH SWT dan gembira penjelasan yang agak positif daripada beliau (Muhyiddin) yang mengambil kira kegelisahan dan suara rakyat beberapa minggu kebelakangan ini.

"Tapi pengalaman kita mengajar bahawa masalahnya dalam kita perincikan pelaksanaan wang RM2,000 adakah ia akan sampai terus atau dipotong, ada ketirisan rompakan kecilan ini semua harus diteliti.

"Jangan diserahkan kepada orang-orang politik atau pegawai yang mempunyai rekod yang buruk seperti mencuri atau merompak sebelum ini," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus