PM rakam takziah, kenang Bung Moktar sebagai tokoh tegas, berpendirian

Anwar
Anwar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Ahli Parlimen Kinabatangan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia awal pagi tadi.

Sebagai sahabat lama, Anwar berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu dikenang sebagai seorang tokoh yang tegas, berpendirian dan lantang dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.

"Jasa serta komitmen beliau dalam arena politik, khususnya terhadap rakyat Sabah dan negara akan terus dihargai dan terpahat dalam ingatan.

"Saya mendoakan keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan menghadapi ujian ini dan semoga roh Allahyarham diampunkan segala dosanya serta ditempatkan pada kedudukan yang istimewa di sisi-Nya, insya-Allah. Al-Fatihah,” kata Anwar dalam catatan di Facebook.

Bung Moktar, 66, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada 1.46 pagi tadi, disahkan anaknya Naim Kurniawan Moktar. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah atas kematian Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin
  • Bung Moktar dikenang sebagai tokoh yang tegas, berpendirian dan lantang memperjuangkan kepentingan rakyat
  • Jasa dan komitmen Bung Moktar dalam politik, terutamanya bagi rakyat Sabah dan negara, sangat dihargai
  • Anwar mendoakan keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan semoga rohnya diampunkan dosa serta ditempatkan di kedudukan istimewa
  • Bung Moktar, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!