Maresca berang persembahan hambar Chelsea

Maresca tidak dapat menyembunyikan kemarahannya terhadap persembahan hambar The Blues.
Maresca tidak dapat menyembunyikan kemarahannya terhadap persembahan hambar The Blues.
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Enzo Maresca tidak dapat menyembunyikan kemarahannya terhadap persembahan hambar The Blues selepas impian mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) menerima tamparan hebat akibat kekalahan mengejut 3-1 kepada Leeds United.

Skuad kendalian Maresca dihukum akibat aksi babak pertama yang sangat lemah di Elland Road, menyaksikan Leeds selesa mendahului menerusi jaringan Jaka Bijol dan Ao Tanaka.

Biarpun Pedro Neto berjaya merapatkan jurang selepas rehat, Chelsea ‘menghadiahkan’ gol ketiga yang memalukan kepada Dominic Calvert-Lewin pada minit-minit akhir perlawanan.

Kekalahan kepada Leeds iaitu pasukan yang tewas dalam empat perlawanan terdahulu menyekat usaha Chelsea untuk memberi tekanan kepada pendahulu liga, Arsenal.

Kekalahan pertama The Blues dalam lapan perlawanan di semua pertandingan itu menyaksikan mereka kini ketinggalan sembilan mata di belakang Arsenal di tangga keempat.

"Tiada siapa yang berada pada tahap terbaik mereka. Leeds lebih baik daripada kami dalam semua aspek, mereka layak menang.

"Malam yang sangat buruk. Kami bermain dengan sangat baik menentang Arsenal dan Barcelona sebelum ini, tetapi itu tidak bermakna kami akan sentiasa mempamerkan prestasi sama kerana situasi pemain yang perlu digilirkan.

"Satu-satunya perkara yang boleh kami lakukan ialah cuba memahami apa yang berlaku dan bangkit semula," kata Maresca.

Chelsea turun tanpa perancang tengah berpengaruh, Moises Caicedo yang digantung perlawanan selepas dibuang padang ketika seri 1-1 menentang Arsenal, Ahad lalu.

Artikel Berkaitan:

Maresca turut merehatkan Neto, Reece James dan Wesley Fofana untuk menyegarkan pasukan, namun Chelsea kelihatan keletihan mental dan fizikal selepas beraksi dengan 10 orang menentang The Gunners.

"Saya harap ini hanya satu malam yang buruk. Kami merindui Moises malam ini dan akan merinduinya dalam perlawanan seterusnya. Dia pemain penting untuk mana-mana pasukan di dunia," tambah Maresca.

Leeds membuka tirai jaringan seawal minit keenam apabila tandukan Bijol menewaskan Robert Sanchez, sebelum Tanaka melepaskan rembatan deras dari luar kotak penalti pada minit ke-43 untuk gol kedua yang memukau.

Neto, yang masuk dari bangku simpanan, memberi sedikit harapan kepada Chelsea menerusi gol pada minit ke-50.

Namun, segala-galanya musnah pada minit ke-72 apabila kesilapan komunikasi antara Malo Gusto dan Tosin Adarabioyo membolehkan Calvert-Lewin menolak bola masuk ke gawang kosong.

Ringkasan AI

  • Enzo Maresca marah dengan persembahan Chelsea dalam kekalahan 3-1 kepada Leeds United
  • Leeds mendahului dengan dua gol pada babak pertama
  • Pedro Neto mengecilkan jurang tetapi Chelsea 'menghadiahkan' gol ketiga kepada Leeds
  • Kekalahan ini menghentikan usaha Chelsea memberi tekanan kepada Arsenal di tangga liga
  • Chelsea turun tanpa Moises Caicedo yang digantung dan kehilangan beberapa pemain penting disebabkan rotasi dan keletihan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!