Banduan lolos ditangkap semula dekat reban ayam

Foto tular menunjukkan banduan yang melarikan diri dari PRP berjaya ditangkap semula di Kampung Sri Timur, Kahang, Kluang.
Foto tular menunjukkan banduan yang melarikan diri dari PRP berjaya ditangkap semula di Kampung Sri Timur, Kahang, Kluang.
A
A
A

KLUANG – Seorang banduan yang melarikan diri dari tahanan di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP), Jalan Mersing, berjaya ditangkap semula dalam tempoh kurang dari satu jam selepas kejadian dilaporkan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata laporan berhubung kejadian diterima sekitar jam 4.25 petang.

Menurut beliau, laporan itu dibuat oleh seorang pegawai penjara di PRP berkenaan selepas menyedari banduan terbabit hilang daripada kawalan.

“Susulan maklumat yang diterima, anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang bersama Jabatan Penjara Daerah Kluang telah melancarkan operasi mengesan suspek.

“Hasil tindakan pantas pasukan operasi, banduan lelaki tempatan berusia 26 tahun itu berjaya ditemui dan ditangkap semula kira-kira jam 5.30 petang berhampiran sebuah reban ayam di Kampung Sri Timur,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 233 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai banduan yang dipercayai melarikan diri dengan kemungkinan menuju ke kawasan ladang sawit berhampiran, sebelum gambar penangkapannya di Kampung Sri Timur turut tersebar.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang banduan di Kluang melarikan diri dari tahanan PRP dan ditangkap semula kurang dari satu jam selepas kejadian
  • Laporan kejadian diterima pada jam 4.25 petang
  • Operasi pencarian dilaksanakan oleh polis bersama Jabatan Penjara Daerah Kluang
  • Banduan berusia 26 tahun itu ditemukan berhampiran reban ayam di Kampung Sri Timur
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 233 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!