Pengawal keselamatan terima tujuh jahitan motosikal terlanggar lembu

Seorang pengawal keselamatan terpaksa menerima tujuh jahitan selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar seekor lembu berkeliaran dalam kejadian di Gong Medang, di sini malam Selasa.
Seorang pengawal keselamatan terpaksa menerima tujuh jahitan selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar seekor lembu berkeliaran dalam kejadian di Gong Medang, di sini malam Selasa.
A
A
A

BESUT – Seorang pengawal keselamatan terpaksa menerima tujuh jahitan selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar seekor lembu berkeliaran dalam kejadian di Gong Medang, di sini malam Selasa.

Ketika kejadian, ​mangsa, Amizi Hussien, 51, dikatakan sedang dalam perjalanan menuju ke tempat kerja kira-kira jam 8.30 malam.

​Isteri mangsa, Normayasarliza Shukri, 46, berkata, suaminya mengalami kecederaan teruk di bahagian mulut, dahi, dan hidung serta kaki.

​"Ketika kejadian, suami saya dalam perjalanan menuju ke tempat kerja di Gong Medang. Jalan di situ memang gelap kerana tiada lampu menyebabkan dia tiba-tiba terlanggar seekor lembu.

​"Motosikal dia rosak teruk di bahagian hadapan, kerugian dianggarkan dalam RM600 termasuk kos membaiki lampu dan komponen lain," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.

Seorang pengawal keselamatan terpaksa menerima tujuh jahitan selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar seekor lembu berkeliaran dalam kejadian di Gong Medang, di sini malam Selasa.
Seorang pengawal keselamatan terpaksa menerima tujuh jahitan selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar seekor lembu berkeliaran dalam kejadian di Gong Medang, di sini malam Selasa.

Normayasarliza yang menetap di Kampung Pengkalan Nyireh di sini berkata, sejurus kejadian suaminya diselamatkan oleh penduduk kampung yang bertindak membawanya ke Klinik Gong Medang untuk menerima rawatan.

"Dia menerima tujuh jahitan dan dibenarkan pulang pada malam itu juga selepas kira-kira dua jam dirawat di klinik," jelasnya.

Dalam pada itu, ​Normayasarliza turut meluahkan kekesalan kerana kejadian lembu melintas di kawasan itu bukan kali pertama malah sering berlaku sehingga menyebabkan kemalangan.

Artikel Berkaitan:

​"Memang selalu orang terserempak dengan lembu di kawasan sama. Lembu itu sudah tentu ada tuan, tapi tuannya membiarkan ternakan berkeliaran dan tidak dimasukkan ke dalam kandang," katanya.

​Sehubungan itu, katanya, pihak Majlis Daerah Besut (MDB) digesa mengambil tindakan segera terhadap isu ternakan berkeliaran yang membahayakan pengguna jalan raya.

Jelasnya, tindakan seperti mendenda atau menangkap ternakan yang berkeliaran wajar dilakukan bagi mengelak kejadian sama berulang dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

​"Selepas apa yang berlaku ini, saya harap pemilik lembu ini akan ambil iktibar dan takut untuk melepaskan ternakan mereka.

"Kita nak ajar tuan lembu supaya tidak lepaskan haiwan peliharaan sesuka hati," katanya lagi.

 

 

Ringkasan AI

  • Pengawal keselamatan terpaksa menerima tujuh jahitan selepas terlanggar lembu
  • Mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian mulut, dahi, hidung dan kaki
  • Kejadian berlaku ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pada malam Selasa
  • Motosikal mangsa rosak teruk dengan kerugian dianggarkan RM600
  • Normayasarliza menggesa MDB mengambil tindakan terhadap isu ternakan berkeliaran

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!