Tiga menteri angkat sumpah sambung penggal kedua Senator

KUALA LUMPUR - Teka-teki mengenai kedudukan tiga menteri yang tamat tempoh perkhidmatan Senator penggal pertama pada Selasa terjawab apabila mereka mengangkat sumpah di Dewan Negara pada pagi ini.
Senator berkenaan ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.
Tempoh perkhidmatan Saifuddin, Zambry dan Mohd Na'im sebagai ahli Dewan Negara bagi penggal kedua akan berakhir pada 2 Disember 2028.
Ringkasan AI
- Tiga menteri telah mengangkat sumpah di Dewan Negara
- Mereka ialah Saifuddin Nasution, Zambry dan Mohd Na'im
- Upacara angkat sumpah disaksikan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara
- Kedudukan mereka sebagai senator telah diperbaharui untuk penggal kedua
- Tempoh perkhidmatan mereka akan berakhir pada 2 Disember 2028
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

