Ramai tentera Israel 'angkat kaki' enggan terus berkhidmat

Ramai tentera Israel enggan meneruskan perkhidmatan. - Agensi
Ramai tentera Israel enggan meneruskan perkhidmatan. - Agensi
A
A
A

TEL AVIV – Tentera Pertahanan Israel (IDF) kini berdepan krisis tenaga kerja serius apabila semakin ramai anggota berpangkat pegawai dan bintara (anggota tentera berpangkat antara rendah hingga sederhana) enggan meneruskan perkhidmatan ketenteraan, menurut data dalaman yang didedahkan pada 1 Disember 2025.

Kajian itu menunjukkan hanya 63 peratus pegawai bercadang untuk kekal dalam perkhidmatan, berbanding 83 peratus pada 2018, manakala peratusan bintara menurun kepada 37 peratus daripada 58 peratus lima tahun lalu.

IDF kekurangan kira-kira 1,300 pegawai berpangkat leftenan dan kapten serta 300 pegawai berpangkat 'mayor'.

Faktor termasuk tekanan akibat perang, keletihan, perubahan kepimpinan dan kekecewaan terhadap suasana kerja turut memburukkan keadaan.

Sejumlah 600 anggota perkhidmatan tetap kini memohon bersara awal, manakala pegawai muda dipromosikan lebih cepat bagi menampung kekosongan.

Ketua Staf IDF, Leftenan Jeneral Eyal Zamir menegaskan, pelan latihan baharu bagi tahun 2026 akan meningkatkan latihan dan mengurangkan hari penugasan reservis (anggota tentera yang bukan bertugas secara tetap) daripada 136 hari semasa perang kepada 60 hari setahun, bagi mengimbangi beban kerja.

Parlimen turut membincangkan pindaan undang-undang pengecualian perkhidmatan bagi golongan ultra-Ortodoks yang dikatakan menjejaskan bilangan pengambilan anggota baharu.

IDF memerlukan tambahan 12,000 anggota bagi menampung keperluan selepas perang dan cabaran keselamatan semasa. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tentera Pertahanan Israel (IDF) kini berdepan krisis tenaga kerja serius dengan semakin ramai pegawai dan bintara enggan meneruskan kerjaya ketenteraan
  • Kajian menunjukkan hanya 63 peratus pegawai bercadang untuk kekal menjalankan tugas berbanding 83 peratus pada 2018, sementara peratusan bintara turun kepada 37 peratus
  • IDF kekurangan kira-kira 1,300 pegawai berpangkat leftenan dan kapten serta 300 pegawai berpangkat mayor dengan tekanan perang selain keletihan sebagai faktor utama
  • Sejumlah 600 anggota perkhidmatan tetap telah memohon bersara awal, sementara pegawai muda dipromosikan lebih cepat
  • Ketua Staf IDF merancang meningkatkan latihan dan mengurangkan hari penugasan bagi mengimbangi beban kerja
  • Parlimen membincangkan pindaan undang-undang pengecualian perkhidmatan bagi golongan ultra-Ortodoks

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!