Abuya Aswadi berdepan pertuduhan ke-21 kes amang seksual di Melaka
02 Disember 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Seorang mudir sebuah madrasah di Tumpat, Kelantan yang dikenali sebagai Abuya berdepan pertuduhan ke-21 membabitkan kes amang seksual dan persetubuhan luar tabii terhadap seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tertuduh, Mohamad Aswadi Yah, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesamangseksual #mahkamah #luartabii
