Cef AI pertama gegar dunia kulinari

Cef Aiman hasil janaan AI.
Cef Aiman hasil janaan AI.
A
A
A

DUBAI - Sebuah restoran di Dubai mempunyai tarikan tersendiri kerana mencipta cef janaan teknologi kecerdasan buatan (AI) pertama di dunia.

Salah sebuah bandar tumpuan pelancong di Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu cuba menampilkan kelainan memandangkan ribuan premis sudah pun menawarkan restoran mewah bertaraf bintang Michelin.

Woohoo memperkenalkan cef Aiman yang dilatih menggunakan ribuan resipi dan puluhan tahun penyelidikan kulinari serta gastronomi molekul.

“Cef Aiman boleh mengoptimumkan menu dan mengimbangi rasa, namun masih memerlukan 'campur tangan' cef sebenar.

“Buat masa ini, penyediaan makanan masih menggunakan tenaga manusia,” menurut jurucakap restoran itu yang turut dilengkapi animasi sains fiksyen dan hologram janaan AI.

Sementara itu, pengasas bersama Woohoo, Ahmed Oytun Cakir percaya AI akan menghasilkan hidangan lebih enak berbanding manusia pada masa depan. - AFP

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sebuah restoran di Dubai mencipta cef janaan teknologi kecerdasan buatan terawal di dunia
  • Cef AI, Aiman, dilatih dengan ribuan resipi dan hasil penyelidikan kulinari bertahun-tahun
  • Walaupun Aiman boleh mengoptimumkan menu, masih memerlukan campur tangan cef manusia dalam penyediaan makanan
  • Pengasas bersama Woohoo percaya AI mampu menghasilkan hidangan lebih enak daripada manusia pada masa depan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!