PM Australia kahwini kekasih hati

CANBERRA - Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese mengahwini Jodie Haydon dalam upacara meriah di kediaman rasminya di Canberra pada Sabtu.
Ia menjadikan beliau sebagai pemimpin pertama di negara itu yang mengikat tali cinta ketika masih dalam penggal perkhidmatan.
Majlis itu turut diraikan keluarga bersama teman rapat pasangan pengantin.
"Kami amat gembira untuk berkongsi detik indah ini dan membina masa depan bersama," ujar Albanese bersama isterinya.
Pasangan itu dijadualkan berbulan madu di Australia pada minggu depan.
Kedua-duanya mengikat tali cinta selepas lamaran pada Februari 2024, namun butiran tentang majlis tersebut dirahsiakan pejabat pemimpin tersebut.
Difahamkan, Albanese, 62, berpisah dengan bekas isterinya, Timbalan Ketua Menteri New South Wales, Carmel Tebbutt pada tahun 2019 selepas berkahwin selama hampir 20 tahun. - Agensi
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese mengahwini Jodie Haydon dalam upacara meriah di kediaman rasminya di Canberra pada Sabtu
- Ia menjadikan beliau sebagai pemimpin pertama di negara itu yang mengikat tali cinta ketika masih dalam penggal perkhidmatan
- Majlis tersebut turut diraikan keluarga bersama teman rapat pasangan pengantin
- Pasangan berkenaan dijadualkan berbulan madu di Australia pada minggu depan
- Difahamkan, Albanese berpisah dengan bekas isterinya, Carmel Tebbutt pada 2019 selepas berkahwin selama hampir 20 tahun
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

