Hajiji ke Istana Seri Kinabalu

Hajiji ketika ditemui di pekarangan kediaman Ketua Menteri pada awal pagi Ahad.
Hajiji ketika ditemui di pekarangan kediaman Ketua Menteri pada awal pagi Ahad.
A
A
A

KOTA KINABALU - Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor dijadualkan ke Istana Seri Kinabalu, pada jam 1.30 pagi Ahad, namun masih belum ada pengesahan sama ada ia berkaitan dengan upacara angkat sumpah.

Beliau ketika ditanya petugas media hanya menyatakan akan mengeluarkan kenyataan media selepas ke Istana Seri Kinabalu.

"Saya pergi ke istana dulu, baru kita keluarkan kenyataan," katanya ketika ditemui di pekarangan kediaman Ketua Menteri Sri Gaya di sini pada awal pagi Ahad.

Sementara itu, Datuk Isnin Aliasnih, Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat (Gagasan Rakyat) yang turut ditemui, mengesahkan mereka akan ke Istana Seri Kinabalu. 

Bagaimanapun, ketika ditanya adakah GRS sudah cukup jumlah kerusi untuk membentuk kerajaan, beliau mengakui kurang pasti mengenainya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berjadual ke Istana Seri Kinabalu
  • Beliau akan mengeluarkan kenyataan media selepas ke istana
  • Pertemuan di istana berlangsung jam 1.30 pagi Ahad
  • Datuk Isnin Aliasnih dari Parti Gagasan Rakyat mengesahkan kehadiran ke istana
  • Tidak pasti sama ada GRS cukup jumlah kerusi untuk membentuk kerajaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!