Polis kesan kumpulan merusuh cederakan tiga lelaki

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan sekumpulan individu yang disyaki terlibat dalam kejadian merusuh dan menyerang tiga lelaki menggunakan senjata di Selayang Jaya, Batu Caves, dekat sini tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisoner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 12.20 tengah malam sebelum siasatan mendapati pergaduhan berlaku kira-kira 10 minit sebelumnya.
Beliau berkata, kejadian dipercayai membabitkan dua kumpulan lelaki tempatan yang identiti mereka masih belum dikenal pasti.
"Tiga mangsa merupakan lelaki tempatan berumur lingkungan 18 hingga 36 tahun. Mereka mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Noor Ariffin berkata, kumpulan suspek dipercayai menyerang kumpulan mangsa menggunakan senjata, manakala motif kejadian masih belum dapat dikenal pasti.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohammad Shafiq Md Shapawi melalui talian 013-5154065 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, 03-61262222,” katanya.
Ringkasan AI
- Polis sedang mengesan individu terlibat dalam kejadian merusuh di Selayang Jaya, Batu Caves
- Ketua Polis Daerah Gombak menerima maklumat kejadian itu pada 12.20 tengah malam
- Kejadian membabitkan dua kumpulan lelaki tempatan
- Tiga mangsa lelaki tempatan berumur lingkungan 18 hingga 36 tahun mengalami kecederaan
- Motif kejadian masih belum dapat dikenal pasti
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
