Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

30 kes penipuan pembantu rumah tidak berlesen, rugi lebih RM260,000

24 November 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad memaklumkan jumlah kes penipuan melibatkan pengambilan pembantu rumah warga asing tidak berlesen atau ‘maid scammer’ meningkat ketara tahun ini dengan 15 kes direkodkan antara Januari hingga Oktober lalu.

Jelas beliau, jumlah itu mewakili 50 peratus daripada keseluruhan 30 kes yang direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh hampir tiga tahun iaitu antara Januari 2023 hingga Oktober tahun ini melibatkan jumlah kerugian RM260,972, dengan 11 kes pada 2023, empat kes pada 2024 dan selebihnya direkodkan pada tahun ini.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #Parlimen #PembantuRumah #Scammer #PDRM