Dua beranak bunuh kanak-kanak kerana ayam

Mangsa sering membunuh anak-anak ayam mereka sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati. Gambar hiasan
Mangsa sering membunuh anak-anak ayam mereka sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati. Gambar hiasan
A
A
A

BAREILLY - Seorang lelaki berusia 40 tahun dan anak lelakinya berusia 18 tahun telah ditahan kerana disyaki membunuh seorang kanak-kanak di kawasan Ujhani, daerah Budaun.

Kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun itu dilaporkan hilang pada Ahad lalu sebelum mayatnya yang telah mereput ditemui di sebuah kawasan tanah kosong berhampiran rumahnya pada Sabtu.

Ketua Pondok Polis Ujhani, Jugvendra Baliyan berkata, Mohd Zakir dan anaknya, Mohd Arbaaz, tinggal di kawasan kejiranan yang sama dengan mangsa, Subhan, dan mereka mengusahakan sebuah ladang ayam berskala kecil di rumah mereka.

Ujarnya, Zakir memaklumkan bahawa Subhan sering membunuh anak-anak ayam mereka sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati.

Walaupun telah diberi amaran berulang kali, kanak-kanak itu didakwa terus berkelakuan demikian.

Suspek mengaku bahawa mereka membunuh kanak-kanak itu di rumah mereka dan menanamnya buat seketika sebelum membuang mayatnya di sebuah kawasan lapang kira-kira 400 meter dari rumahnya.

“Subhan, murid Tahun 1, kali terakhir dilihat bermain di luar rumah sebelum dia dilaporkan hilang. Selepas operasi pencarian besar-besaran, keluarganya membuat laporan orang hilang di Balai Polis Ujhani.

“Pada Sabtu, penduduk memaklumkan kepada kami bahawa mereka menemui mayatnya di sebuah ladang berdekatan,” kata Baliyan.

Menurutnya, mayat tersebut dihantar untuk bedah siasat dan doktor mengesahkan punca kematian adalah akibat cekik secara manual.

Artikel Berkaitan:

“Satu laporan polis telah didaftarkan terhadap kedua-dua suspek di bawah Seksyen 103 (membunuh) Kanun Jenayah Baharu (BNS).

“Kedua-dua bapa dan anak itu telah dihantar ke penjara,” ujar Baliyan.

 

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki berusia 40 tahun dan anak lelakinya berusia 18 tahun telah ditahan kerana membunuh kanak-kanak berusia 8 tahun di Bareilly Kanak-kanak itu dilaporkan hilang sebelum mayatnya yang telah mereput ditemui berhampiran rumahnya Suspek dan mangsa tinggal di kejiranan yang sama dan suspek mengusahakan ladang ayam Suspek mengaku membunuh kanak-kanak itu kerana sering membunuh anak-anak ayam mereka Mayat kanak-kanak tersebut dihantar untuk bedah siasat dan punca kematian adalah akibat cekik secara manual

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!