Mimi Lana hamil?

Khabar angin bahawa pelakon jelita, Mimi Lana, sedang berbadan dua kini semakin hangat diperkatakan di media sosial.
Khabar angin bahawa pelakon jelita, Mimi Lana, sedang berbadan dua kini semakin hangat diperkatakan di media sosial.
A
A
A

KHABAR angin bahawa pelakon jelita, Mimi Lana, sedang berbadan dua kini semakin hangat diperkatakan di media sosial!

Spekulasi itu tercetus susulan tular sebuah video yang cukup manis dan romantis, memaparkan suaminya, pelakon kacak Syafiq Kyle, dilihat meletakkan tangan lembut pada bahagian perut pemilik nama Mimi Rozaiana Zainal Abidin itu.

Video sambutan ulang tahun kelahiran Mimi yang dimuat naik ahli keluarga Syafiq, @arra.raaa tular di laman sosial TikTok menggambarkan momen bahagia Mimi dan keluarga.

Menerusi satu babak video berdurasi 17 saat itu memaparkan Syafiq memegang perut isterinya seolah-olah memberi bayangan Mimi kini sedang hamil anak pertama mereka.

Susulan itu, para peminat juga membanjiri ruangan komen dengan pertanyaan dan ucapan tahniah.

Sekadar info, Mimi, 30, dan Syafiq, 33, diijab kabul pada 14 Februari lalu.

Pelakon Mencari Ramlee dan The Experts itu terdahulu pernah berkongsi tentang impiannya untuk menimang cahaya mata kembar. - Sinarplus

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Khabar angin Mimi Lana berbadan dua heboh di media sosial
  • Spekulasi gara-gara video romantis Mimi dan Syafiq Kyle
  • Video ulang tahun kelahiran Mimi di TikTok tunjuk Syafiq pegang perut isteri
  • Netizen banjir komen dan ucapan tahniah
  • Mimi dan Syafiq berkahwin pada 14 Februari lalu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!