Puteri Diana 'kembali' ke Paris dengan revenge dress

Puteri Diana ‘muncul semula’ pada Khamis di Muzium Grevin, Paris sebagai patung lilin bersaiz sebenar lengkap dengan mengenakan busana revenge dress. - Foto AFP
Puteri Diana ‘muncul semula’ pada Khamis di Muzium Grevin, Paris sebagai patung lilin bersaiz sebenar lengkap dengan mengenakan busana revenge dress. - Foto AFP
A
A
A

PARIS - Lebih 28 tahun selepas kematiannya di ibu kota Perancis, Puteri Diana ‘muncul semula’ pada Khamis di Muzium Grevin, Paris sebagai patung lilin bersaiz sebenar lengkap dengan mengenakan antara busana paling ikoniknya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

'People’s Princess' itu digambarkan memakai gaun koktel hitam yang dikenali sebagai revenge dress bersama beg tangan kecil, kasut tumit tinggi dan kalung mutiara seperti yang dipakainya ketika itu.

Diana memilih pakaian itu untuk majlis makan malam kutipan dana di London pada Jun 1994.

Sehari sebelumnya dalam satu temu bual televisyen yang mendapat perhatian meluas, Putera Charles mengakui berlaku curang sekali gus menjadikan gaun itu simbol detik penentangan dalam institusi diraja.

Puteri Diana ‘muncul semula’ pada Khamis di Muzium Grevin, Paris sebagai patung lilin bersaiz sebenar lengkap dengan mengenakan busana revenge dress. - Foto AFP
Puteri Diana ‘muncul semula’ pada Khamis di Muzium Grevin, Paris sebagai patung lilin bersaiz sebenar lengkap dengan mengenakan busana revenge dress. - Foto AFP

"Dengan warna, potongan berani dan bahagian atas gaun yang terdedah, ‘revenge dress’ menentang protokol diraja,” menurut muzium lilin popular yang diasaskan pada 1882 itu dalam satu kenyataan.

Muzium Grévin menjelaskan, Puteri Diana kekal sebagai ikon budaya pop global, diraikan kerana gaya, sifat penyayang dan keteguhan pendiriannya.

Puteri Diana meninggal dunia di Paris pada 31 Ogos 1997 ketika berusia 36 tahun selepas kereta yang dinaikinya melanggar tiang dalam sebuah terowong ketika dikejar paparazi.

Artikel Berkaitan:

Pemergiannya mencetuskan gelombang kesedihan besar di Britain dan seluruh dunia.

Di Muzium Grevin, patung Diana akan dipamerkan bersama tokoh terkenal lain, termasuk Marie-Antoinette, Beyoncé, Elton John, Albert Einstein dan Nelson Mandela. - Bernama-dpa

Ringkasan AI

  • Puteri Diana diabadikan sebagai patung lilin di Muzium Grevin, Paris
  • Patung itu mengenakan 'revenge dress', gaun koktel hitam ikonik yang dipilih Diana untuk majlis di London tahun 1994
  • Gaun tersebut merupakan simbol penentangan Puteri Diana terhadap institusi diraja selepas Putera Charles mengakui berlaku curang
  • Muzium Grevin menyoroti Puteri Diana sebagai ikon budaya pop, gaya dan sifat penyayangnya
  • Patung lilin Puteri Diana akan dipamerkan bersama tokoh terkenal lain seperti Marie-Antoinette dan Nelson Mandela

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!