Mah Sing diiktiraf Syarikat Pengurusan Terbaik Malaysia 2025

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Pengarah Eksekutif Mah Sing, Lionel Leong (kanan) menerima anugerah daripada Ketua Deloitte Private Thailand, Wee Sujarit pada majlis penyampaian di Kuala Lumpur.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Pengarah Eksekutif Mah Sing, Lionel Leong (kanan) menerima anugerah daripada Ketua Deloitte Private Thailand, Wee Sujarit pada majlis penyampaian di Kuala Lumpur.
A
A
A

SHAH ALAM – Mah Sing Group Berhad (Mah Sing) sekali lagi diiktiraf sebagai pemenang Malaysia’s Best Managed Companies 2025, menjadikannya kemenangan tiga tahun berturut-turut serta mengukuhkan kedudukan syarikat itu sebagai antara pemaju hartanah paling dipercayai dan inovatif di negara ini.

Pengiktirafan tersebut membuktikan konsistensi Mah Sing dalam mencapai prestasi perniagaan kukuh, tadbir urus mantap serta penciptaan nilai mampan.

Anugerah berprestij itu menilai syarikat swasta berdasarkan empat tonggak utama iaitu strategi; budaya dan komitmen; keupayaan serta inovasi; dan tadbir urus serta kewangan. Penilaian itu menekankan kemampuan Mah Sing mengimbangi pertumbuhan jangka pendek dengan ketahanan jangka panjang.

Pengasas merangkap Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Seri Leong Hoy Kum, berkata, kemenangan berkenaan menjadi bukti budaya konsistensi dan kecemerlangan yang diterapkan syarikat itu.

“Kami terus meneroka peluang dalam menyediakan pembangunan mampan dan berkualiti yang memenuhi keperluan rakyat Malaysia hari ini, sambil memperkukuh asas untuk pertumbuhan jangka panjang.

“Kami tetap komited mencipta nilai bukan sahaja untuk pelanggan dan pemegang saham, tetapi juga untuk komuniti tempat kami beroperasi,” katanya dalam kenyataan.

Dengan pengalaman lebih 30 tahun, Mah Sing membina reputasi kukuh sebagai pemaju hartanah pantas dalam menyiapkan projek, menawarkan lebih 65 projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM65.4 bilion setakat 19 November 2025, serta menyerahkan lebih 60,000 unit kediaman di seluruh negara.

Mah Sing diiktiraf sebagai salah satu Malaysia’s Best Managed Companies 2025 untuk tiga tahun berturut-turut.
Mah Sing diiktiraf sebagai salah satu Malaysia’s Best Managed Companies 2025 untuk tiga tahun berturut-turut.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, Projek M Series yang mendapat sambutan baik terus menjadi pemacu utama kejayaan kumpulan melalui lokasi strategik, harga berpatutan, susun atur praktikal dan akses rangkaian pengangkutan yang baik.

“Program Best Managed Companies merupakan antara anugerah perniagaan terkemuka di Malaysia yang menonjolkan peranan syarikat swasta sebagai inovator dan penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Setiap tahun, syarikat beraspirasi tinggi menjalani penilaian bebas dan ketat berasaskan rangka kerja global Deloitte Best Managed Companies, yang turut digunakan sebagai penanda aras kepada lebih 1,700 syarikat terkemuka dunia,”katanya.

Ketua Deloitte Private Malaysia, Chee Pei Pei berkata pemenang anugerah itu membuktikan bagaimana kepimpinan kukuh dan strategi mantap mampu memacu kejayaan jangka panjang.

“Dalam pasaran yang sentiasa berubah, mereka terus berinovasi, menyesuaikan diri dan mengekalkan tonggak Best Managed, sekali gus menunjukkan komitmen terhadap kecemerlangan operasi dan pertumbuhan mampan,” katanya.

Program berkenaan merupakan inisiatif utama Deloitte Private, bahagian Deloitte yang memberi tumpuan kepada perniagaan milik persendirian dan perusahaan keluarga.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!