Pembaca Sinar Harian gesa MoT bertegas dengan 'Abang Lori'

Majoriti pembaca Sinar Harian bersetuju supaya Kementerian Pengangkutan (MoT) bertindak tegas terhadap pengusaha dan pemandu lori serta tidak perlu akur dengan desakan golongan itu.
Majoriti pembaca Sinar Harian bersetuju supaya Kementerian Pengangkutan (MoT) bertindak tegas terhadap pengusaha dan pemandu lori serta tidak perlu akur dengan desakan golongan itu.
A
A
A

SHAH ALAM - Majoriti pembaca Sinar Harian bersetuju supaya Kementerian Pengangkutan (MoT) bertindak tegas terhadap pengusaha dan pemandu lori serta tidak perlu akur dengan desakan golongan itu.

Dapatan itu diperoleh berdasarkan tinjauan undian (poll) setakat jam 8 malam Khamis yang dimuat naik di beberapa platform media sosial dalam tempoh 24 jam.

Menerusi Facebook Sinar Harian, seramai 299 responden mengambil bahagian dan 86 peratus daripadanya bersetuju manakala selebihnya tidak bersetuju.

Ia kerana ramai beranggapan bahawa pengusaha dan pemandu lori terlalu ingin menjana pendapatan serta mengejar 'trip' sehingga sanggup memandu kenderaan selaju mungkin tanpa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Tidak kurang juga yang mencerca 'Abang Lori' kerana membawa kenderaan terlebih muatan misalnya balak dan memecut laju terutama di kawasan kampung.

Laman X pula mencatatkan 62 undian, 88.7 peratus responden turut menyatakan sokongan agar MoT melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengetatkan penguatkuasaan undang-undang.

Selebihnya (11.3 peratus) beranggapan, kementerian tersebut perlu akur dan mengikut kehendak pengusaha lori yang mendakwa tersepit dengan tindakan penguatkuasaan itu.

Di platform sembang Threads, seramai 25 responden menyatakan sokongan 100 peratus agar MoT berbuat demikian.

Begitu juga di Instagram meskipun tidak ramai yang membuang undi, rata-ratanya bersetuju dengan pilihan kedua iaitu kementerian mesti bertindak tegas tanpa sebarang kompromi.

Artikel Berkaitan:

Undian paling banyak diterima adalah melalui platform Youtube di mana kira-kira 1,000 responden yang mengambil bahagian, 87 peratus daripadanya bersetuju.

Jika dilihat menerusi ruangan komen, mereka berpendapat bahawa terdapat keperluan penting untuk melaksanakannya memandangkan terlalu banyak kes kemalangan tragis disebabkan kecuaian 'Abang Lori'.

Bagaimanapun, 13 peratus menyokong pemandu lori kerana percaya kumpulan kecil itu tidak bersalah sepenuhnya melainkan terdapat faktor lain seperti didesak ketua atau tauke syarikat.

Segelintir daripadanya mencadangkan supaya MoT, JPJ dan pengusaha lori duduk berbincang bagi mencari jalan penyelesaian yang memenangkan kesemua pihak.

 

Ringkasan AI

  • Majoriti pembaca Sinar Harian bersetuju supaya Kementerian Pengangkutan bertindak tegas terhadap pengusaha dan pemandu lori
  • Tinjauan melibatkan pemungutan suara di media sosial menunjukkan persetujuan tinggi terhadap tindakan keras tersebut
  • Responden beranggapan pemandu lori memandu secara berbahaya demi pendapatan dan memenuhi jumlah trip
  • Ada yang mencadangkan MoT dan JPJ perlu berbincang dengan pengusaha lori untuk mencari penyelesaian
  • Sokongan terhadap tindakan keras MoT dinyatakan di pelbagai platform seperti Youtube dengan 87 peratus responden bersetuju

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!