Ketua DAPSY biadab - Ahmad Fadhli

SHAH ALAM - Tindakan Ketua DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong dianggap biadab ekoran memuat naik gambar Mursyidul Am parti itu, Datuk Hashim Jasin dalam keadaan terlantar di katil yang didakwa telah diubah suai.
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, hantaran dibuat pemimpin DAP itu di Facebook menggambarkan kerdilnya kemampuan beliau berhujah secara intelek apabila memilih menyerang peribadi tokoh berusia itu.
“Apa masalah kamu dengan Mursyidul Am Pas ini sehingga kamu keluarkan gambar ubah suai seperti ini. Jahat!” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook.
Tindakan Kah Leong itu turut mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengikut dan pemimpin Pas yang menyifatkan perbuatan tersebut melampau serta tidak menghormati kepelbagaian masyarakat Sabah yang sering dilaungkan DAP.
Kah Leong sebelum ini turut mendakwa, Pas tidak diraikan dalam politik Sabah dan menuduh parti itu ekstrem selain mendakwa tiada mana-mana parti berani membentuk kerajaan negeri bersama Pas.
Beliau juga menyindir Pas dengan menyatakan parti itu perlu terlebih dahulu memenangi kerusi di Sabah sebelum bercakap mengenai penubuhan kerajaan negeri.
Ringkasan AI
- Ketua DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong dianggap biadab kerana memuat naik gambar Mursyidul Am Datuk Hashim Jasin dalam keadaan terlantar yang didakwa telah diubah suai
- Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengecam perbuatan itu sebagai tanda kerdil kemampuan berhujah
- Perbuatan Kah Leong mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengikut dan pemimpin Pas
- Kah Leong mendakwa Pas tidak diraikan dalam politik Sabah dan menuduh parti itu ekstrem
- Dia juga menyindir Pas perlu memenangi kerusi di Sabah sebelum bercakap tentang penubuhan kerajaan negeri
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

