Dua maut dalam kemalangan berasingan di Melaka

Lokasi kemalangan membabitkan sebuah bas dengan kereta di Jalan Krubong ke Sungai Badau, Melaka pada Ahad.
Lokasi kemalangan membabitkan sebuah bas dengan kereta di Jalan Krubong ke Sungai Badau, Melaka pada Ahad.
A
A
A

MELAKA - Dua kemalangan maut dilaporkan berlaku di dua lokasi berlainan di negeri ini pada pagi Ahad yang mana masing-masing meragut nyawa seorang mangsa.

Kejadian pertama berlalu di Jalan Krubong ke Sungai Badau membabitkan insiden bas bertembung sebuah Toyota GR mengorbankan seorang lelaki berusia 26 tahun.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheng menerima panggilan pada jam 7.40 pagi bergegas ke lokasi sebelum tiba kira-kira tujuh minit kemudian.

Komander Operasi, PBK II (TBK I) Mohd Norsyah Salleh berkata, sebaik tiba pasukannya mendapati dua mangsa lelaki tersepit dalam kenderaan.

“Seorang mangsa lelaki berusia 34 tahun yang juga pemandu bas ditemui cedera akibat tersepit manakala seorang lagi mangsa lelaki 26 tahun (pemandu Toyota GR) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan.

“Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.57 pagi,” katanya.

Keadaan kereta yang terbabas di KM 219 Lebuhraya PLUS arah selatan.
Keadaan kereta yang terbabas di KM 219 Lebuhraya PLUS arah selatan.

Dalam kejadian berasingan di kilometer (KM) 219 Lebuhraya PLUS arah selatan, seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas kereta Perodua Myvi dipandunya terbabas.

Artikel Berkaitan:

BBP Alor Gajah menerima panggilan kecemasan pada jam 9.44 pagi sebelum tiba di lokasi enam minit kemudian bersama pasukan FRT, EMRS dan RIM.

Komander Operasi, PBK II Muhammad Nor Fawzal Samsunahar berkata, mangsa ditemui terperangkap di dalam kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan KKM.

“Pasukan PKO menjalankan operasi mengeluarkan mangsa sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Selepas memastikan kawasan selamat, anggota kembali semula ke balai.

“Operasi turut dibantu dua anggota Polis Bantuan PLUS dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.49 pagi,” katanya.

 

Ringkasan AI

  • Dua kemalangan maut berlaku di dua lokasi berbeza pada pagi Ahad meragut nyawa seorang mangsa setiap satu.
  • Kejadian pertama melibatkan bas bertembung dengan Toyota GR di Jalan Krubong ke Sungai Badau, mengorbankan pemandu Toyota GR berusia 26 tahun.
  • Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheng bertindak cepat ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan.
  • Dalam kejadian kedua, seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas kereta Perodua Myvi dipandunya terbabas di Kilometer 219 Lebuhraya PLUS.
  • Pasukan bomba dan penyelamat dari BBP Alor Gajah melakukan operasi penyelamatan dan mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!