Richiamo Coffee terima pensijilan halal Jakim

Muhammad Zamry (lima dari kanan) pada majlis penyerahan pensijilan halal daripada Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jakim.
Muhammad Zamry (lima dari kanan) pada majlis penyerahan pensijilan halal daripada Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jakim.
A
A
A

RICHIAMO Coffee Sdn Bhd mengumumkan memperoleh pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) baru-baru ini.

Turut diumumkan tiga cawangan Richiamo Coffee Taman Velox Rawang, Richiamo Coffee Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak dan Richiamo Coffee UTMKL Kuala Lumpur turut menerima pensijilan outlet.

Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo, Datuk Muhamad Zamry Abu Samah berkata, pensijilan halal untuk tiga cawangan utama itu penting bagi perjalanan Richiamo Coffee selama 10 tahun ini.

"Pensijilan halal Jakim begitu penting kerana selain dari pengembangan jenama di pasaran tempatan, pensijilan ini juga amat penting bagi membawa jenama ini ke peringkat antarabangsa," katanya

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan pensijilan halal daripada Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jakim, Muhyidin Aziz @ Saari.

Muhamad Zamry (kiri) pada majlis penyerahan pensijilan halal daripada Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jakim.
Muhamad Zamry (kiri) pada majlis penyerahan pensijilan halal daripada Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jakim.

Muhamad Zamry berkata, Richiamo Coffee memberi fokus kepada pensijilan halal kerana merancang untuk membawa beberapa produk keluarannya ke luar negara.

Menurutnya, pensijilan halal Jakim adalah yang terbaik dan diperakui serta diterima di seluruh dunia kerana ia bukan mudah untuk diperolehi.

Artikel Berkaitan:

"Ada beberapa produk pra campuran (premix) kami telah pun mendapat pensijilan halal dan mula dieksport ke luar negara seperti di Timur Tengah, namun begitu ada beberapa produk baru masih di dalam ujian dan pemeriksaan Jakim bagi tujuan kelulusan," tambahnya.

Tambah beliau, bagi memberi fokus kepada pensijilan halal, Richiamo Coffee sudah memiliki eksekutif halal sendiri bagi memantau serta memeriksa setiap rantaian bekalan yang dibekalkan kepada pembekal.

"Kita baharu sahaja membuka cawangan di Pnomh Penh minggu lepas dan pensijilan halal ini amat berguna untuk membawa jenama Richiamo Coffee ke luar negara," ujarnya.

Pembukaan cawangan baharu di Pnomh Penh Ahad lepas adalah adalah lanjutan daripada pembukaan beberapa cawangan baharu sebelum ini di Aswara dan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) di Shah Alam.

Ringkasan AI

  • Richiamo Coffee Sdn Bhd memperoleh pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
  • Tiga cawangan utama Richiamo Coffee telah menerima pensijilan halal
  • Pensijilan halal penting untuk ekspansi jenama Richiamo Coffee di pasaran antarabangsa
  • Richiamo Coffee merancang untuk mengexport beberapa produknya ke luar negara
  • Mereka telah membuka cawangan baru di Pnomh Penh sebagai sebahagian dari ekspansi internasional

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!