Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Nelayan Sabak gotong-royong tarik perahu kolek

15 November 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A

Menjelang kemuncak Monsun Timur Laut (MTL), suasana di Pangkalan Sabak, Kota Bharu sekali lagi meriah dengan tradisi tahunan apabila nelayan dan penduduk kampung bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat sebagai persiapan menghadapi musim laut bergelora, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.

Nelayan, Nik Ruzullaili Nik Yusoff, 45, berkata, aktiviti menarik perahu itu sudah menjadi amalan turun-temurun sejak lebih 70 tahun lalu dan masih dikekalkan walaupun jumlah perahu kolek semakin berkurangan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756769/edisi/kelantan/tradisi-70-tahun-nelayan-sabak-gotong-royong-tarik-perahu-kolek-hadapi-monsun

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Monsun #Bencana #KotaBharu #Kelantan #Nelayan