PRN Sabah: KDM umum calon DUN Kemabong, tukar calon DUN Inanam

KOTA KINABALU - Parti Demokratik Masyarakat (KDM) mengumumkan satu lagi calonnya untuk melengkapkan keseluruhan senarai 40 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).
Setiausaha Agung KDM, Willie Jude berkata, dalam pengumuman calon yang diadakan pada Khamis, hanya 39 calon yang diumumkan pada majlis tersebut.
"Susulan pengumuman calon PRN17 yang dibuat parti, kami ingin mengumumkan seorang lagi calon bagi kawasan Kemabong iaitu Yabri Onos.
"Ini menjadikan jumlah calon yang telah diumumkan ialah seramai 40 orang," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Sementara itu, Willie memaklumkan kepimpinan tertinggi KDM turut membuat keputusan untuk menukar calon bagi kerusi DUN Inanam.
"Sebelum ini, telah diumumkan calon bagi kawasan itu adalah Datuk George Guntarik, namun pimpinan tertinggi telah memutuskan calon di Inanam yang terbaharu ialah Lewis Wong," katanya.
Jelasnya lagi, keputusan untuk menukar calon itu dibuat sebagai sebahagian daripada strategi parti dalam menghadapi PRN Sabah ke-17.
Ringkasan AI
- Parti Demokratik Masyarakat (KDM) mengumumkan satu lagi calon untuk PRN17
- Setiausaha Agung KDM, Willie Jude, mengatakan jumlah calon yang diumumkan adalah 40 orang
- Yabri Onos diumumkan sebagai calon bagi kawasan Kemabong
- Kepimpinan tertinggi KDM menukar calon bagi kerusi DUN Inanam kepada Lewis Wong
- Perubahan calon sebagai strategi parti menghadapi PRN Sabah ke-17
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
