Hakisan pantai makin teruk, risau tanah didiami lebih 40 tahun 'lenyap'
12 November 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Penduduk di kawasan pesisir Pantai Rimba Terjun di Pontian resah memikirkan keselamatan kediaman mereka yang semakin terancam akibat hakisan pantai terutama ketika air pasang besar melanda.
Penduduk, Khairul Azman A Rahman, 47, berkata, sejak lebih lima tahun lalu, dia hanya mampu melihat keadaan tanah di sekitar rumahnya semakin mengecil apabila ombak kuat dan air berlumpur terus menghakis tebing pantai.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Hakisanpantai #PantaiRimbaTerjun
