KPM tetapkan tiada CCTV di ruang privasi pelajar
12 November 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan kamera litar tertutup (CCTV) tidak akan dipasang di ruang melibatkan privasi termasuk bilik tidur, tandas atau tempat persalinan di asrama sekolah bagi menjaga kehormatan pelajar.
Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh berkata, pengawasan di ruang tersebut akan diperkukuhkan melalui rondaan warden secara berjadual sebagai langkah tambahan mengelak berlakunya insiden buli.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #pemasanganCCTVruangprivasipelajar #rondaanwarden
