X

Kindly register in order to view this article
!

Macma sambut baik kerajaan sambung PKP

JOHARI
A
A

KOTA BHARU – Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) Kelantan menyambut baik keputusan kerajaan menyambung tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memastikan penularan Covid-19 dapat diatasi.

Pengerusinya, Johari Yap berkata, walaupun masih ada masyarakat yang tidak serius dengan larangan kawalan tersebut namun sekurang-kurangnya kerajaan mempunyai waktu yang panjang untuk melakukan tindakan pencegahan.

“Ini adalah kerana pesakit yang positif Covid-19 masih tidak berkurang. Selagi trend positif ini masih berterusan dan jika PKP ini tidak diteruskan saya bimbang penularan wabak ini akan menjadi lebih teruk seperti yang berlaku di Itali,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, sehingga hari ini, terdapat lebih 69,000 pesakit positif Covid-19 di Itali melibatkan 6,820 kematian.

“Ini amat menyedihkan. Adakah kita mahu perkara yang sama berlaku di negara kita? Sekarang pun pesakit positif Covid-19 semakin bertambah dan tiada tanda akan menurun.

“Kalau diikutkan, saya lebih suka perintah berkurung diumumkan kerana sikap segelintir rakyat kita yang tidak mendengar arahan kerajaan dan tidak mengamalkan penjarakkan sosial (social distancing) bagi memutuskan rangkaian penularan.

“Saya amat berharap rakyat Malaysia yang masih mengambil mudah PKP bersabar dan kekal tinggal di dalam rumah masing-masing.

“Jika tidak, selagi trend pesakit positif Covid-19 ini tidak menurun, saya percaya kerajaan terpaksa menyambung lagi untuk jangka masa yang lebih panjang. Kita juga yang susah. Banyak yang tergendala.

“Keluar jika perlu sahaja. Saya merayu semua rakyat Malaysia patuh arahan kerajaan. Kita hanya perlu tinggal di rumah, sedangkan petugas kesihatan dan keselamatan serta kakitangan dalam perkhidmatan 'essential' masih perlu bekerja,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus